Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, May 26, 2016

PELAYARAN KE MALAYSIA TIMUR

PELAYARAN KE SABAH 

Kapal telah ditugaskan untuk belayar ke Malaysia Timur untuk penghantaran pelbagai peralatan dan barangan logistik ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2). Misi pelayaran kali ini agak menarik kerana warga kapal berpeluang untuk melawat beberapa buah pulau dan melaksanakan program Jiwa Murni di sana. Antara pulau-pulau yang dilawati adalah Pulau Mabul, Pulau Lankayan, Pulau Siamil, Pulau Bakungan Kecil, dan Pulau Tigabu. Program yang dijalankan ini selaras dengan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) yang dikoordinasikan oleh pihak kapal sedikit sebanyak dapat memberikan impak yang positif kepada penduduk setempat dan pada masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahin antara satu sama lain.



Membersihkan kawasan surau Pulau Tigabu

Acara melepaskan anak penyu ke laut
Selain itu juga, anak-anak kapal tidak melepaskan peluang untuk bersantai menikmati keindahan pantai yang indah dan dapat melihat hidupan laut disekitar pulau yang dilawati.

Lawatan ke Pulau Lankayan




1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...