Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, November 22, 2015

Audit Kesiagaan KD MAHAWANGSA 2015

Pada 28 September sehingga 2 Oktober 2015 lepas, KD MAHAWANGSA telah terlibat dengan Audit Kesiagaan bertujuan untuk menilai tahap kesiagaan kapal.  Audit ini secara tidak langsung dapat menilai keberkesanan kapal dalam perlaksaan tugas berdasarkan polisi, tugas teras dan arahan semasa.  Audit ini tertumpu kepada pelbagai aspek berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran jabatan dan kesiagaan operasi.

Pemeriksaan Perbarisan Audit Kesiagaan

Ketibaan Timbalan Panglima Armada di kapal

Antara objektif utama Audit Kesiagaan ini adalah untuk menilai kemampuan dan keberkesanan semua jabatan melaksanakan tugas serta operasi. Selain itu untuk menilai kemantapan dan pematuhan kepada setiap arahan serta Perintah Tetap, menilai tahap kemas kini pelbagai dokumen dan rekod serta menilai keberkesanan pengurusan pentadbiran dan anggota.

Pemeriksaan tahap kesiagaan anak kapal di Bilik Jentera Utama

Bagi perlaksanaan audit, Audit Kesiagaan telah dimulakan dengan perbarisan Audit Pengurusan dan Lawatan Kesiagaan Kapal oleh Laksamana Pertama Ong Thiam Hock, Ketua Juru Audit pada 28 September 2015.  Seterusnya audit diteruskan dengan Audit Jabatan pada 29 September 2015.

Stesen Pelampong
Selepas fasa pelabuhan selesai, audit diteruskan dengan fasa laut iaitu pada 30 September 2015. Pelbagai evolusi dan operasi telah dilaksanakan seperti menunda belakang, bersauh, melawan kebakaran, menggeledah dan lain-lain.  Evolusi dan operasi ini secara tidak langsung dapat mengukur tahap kesiagaan kapal dalam melaksanakan tugas tetap kapal.


Latihan orang jatuh laut

Latihan RASAP bersama KD KELANTAN

Seterusnya pada 2 Oktober 2015, Taklimat Selesai Audit telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Markas Pemerintahan Armada dan telah disampaikan oleh Ketua Juru Audit, Laksamana Pertama Ong Thiam Hock.  KD MAHAWANGSA telah mendapat nilai pencapaian 7.6 dengan penarafan empat bintang bersamaan dengan peratus pencapaian sebanyak 84.9%.  Nilai pencapain yang baik ini harus dikekalkan dan dipertingkatkan lagi dari masa ke masa bagi mencapai visi dan misi TLDM. 

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...