Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 02, 2015

Upacara Pemakaian Pangkat KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh: Lt Dya Fadzli TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada warganya, sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan. Usaha itu termasuk peningkatan kerjaya seperti kenaikan pangkat dan diikuti peningkatan gaji, setimpal dengan kebolehan serta sumbangan masing-masing.
Pada 6 April 2015, seramai 10 anggota KD MAHAWANGSA terdiri daripada 1x Pegawai Waren, 3x Bintara, 4x Laskar Kanan dan 2x Laskar Kelas 1 telah dinaikkan pangkat dalam majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM bertempat di Geladak Penerbangan KD MAHAWANGSA di Tambatan Pangkalan Lumut.
Majlis disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kdr Jaffry Bin Ibrahim TLDM dan turut dihadiri oleh pegawai serta anggota KD MAHAWANGSA.

Pegawai dan anggota KD MAHAWANGSA beratur
di Geladak Penerbangan untuk Upacara Pemakaian Pangkat

Pegawai Waren yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waren 1 adalah PW II PRL Amiruddin manakala bintara yang dinaikkan pangkat adalah terdiri daripada 2x bintara yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waren II iaitu BK PWP Nizam dan BK TNL Shukri manakala 1x bintara telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Bintara Kanan iaitu BM PNK Kamarul. Selain itu, 4x Laskar Kanan telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Bintara Muda iaitu LK PWP Rizaudin, LK BDI Zamri, LK BDI Saiful dan LK BDI Nizam. Seramai 2x Laskar Kelas 1 telah dinaikkan pangkat ke Laskar Kanan Sebenar iaitu LK 1 PBK Hisham dan LK 1 PBK Shaiful.








Bintara dan Laskar  dinaikkan pangkat yang disempurnakan
 oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA
Ketika berucap sejurus selesai upacara, beliau menegaskan TLDM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup warganya dan berharap kenaikan pangkat tersebut akan dapat menambah semangat dan meningkatkan motivasi warganya untuk terus berkhidmat di KD MAHAWANGSA. Pada masa yang sama, beliau turut berpesan kepada mereka yang dinaikkan pangkat bahawa pengiktirafan tersebut adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TLDM dan penghargaan kepada warganya. Majlis pemakaian pangkat itu katanya, juga merupakan salah satu pemangkin motivasi kepada warga TLDM yang hadir agar sentiasa menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan sehingga mampu mencapai kejayaan dan pengiktirafan daripada organisasi.

1 comments:

  1. Ở trong văn phòng bước thong thả qua lại, tâm tình khó khăn lắm mới bình tĩnh lại giờ bắt đầu lo lắng. Nhìn mây trắng bên ngoài cửa sổ, hai ngày nay thời tiết ở Bắc Đô cũng rất tốt. Trong lòng cô lại chẳng vui vẻ nổi.
    Tả Phán Tình cắn răng, hai tay nắm chặt thành quyền, Hiên Viên Diêu, an Tiếng anh cho người đi làm
    Tiếng anh cấp tốc
    Luyện thi toeic tại hà nội
    Tiếng anh cho người lớn tuổi
    Tiếng anh cho người mới bắt đầu
    Học tiếng anh tại hà nội
    dạy tiếng anh cho doanh nghiệph khinh người quá đáng rồi đấy. Anh thực sự nghĩ rằng tôi sợ anh phải không? Tôi nói cho anh biết, tôi không sợ anh, tôi nhất định không sợ anh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...