Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 02, 2015

PROGRAM JIWA MURNI KD MAHAWANGSA BERSAMA RUMAH AMAL HARUMAN KASIH

 Disediakan oleh: Lt Dya Fadzli TLDM

Pada 12 Mei 2015 yang lepas, sekali lagi KD MAHAWANGSA telah menganjurkan Program Jiwa Murni bersama masyarakat setempat di sekitar daerah Ayer Tawar Perak.  Program ini selaras dengan keperluan Pelan Strategik Armada 2015 dimana penglibatan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bekerjasama bersama masyarakat setempat.  Sehubungan dengan itu, kapal telah merancang melaksanakan Program Jiwa Murni di Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih, Ayer Tawar, Perak.


Rumah Amal Haruman Kasih

Objektif utama program ini dilakukan tidak lain tidak bukan adalah untuk mengeratkan hubungan warga KD MAHAWANGSA bersama anak-anak yatim dalam melaksanakan aktiviti sosial bagi mewujudkan semangat kesukarelawaan.  Selain itu, melaului program ini,secara tidak langsung memberi kesedaran kapada warga KD MAHAWANGSA tenteang kerjasama dengan masyarakat setempat.

Seramai 40 warga kapal telah menyertai aktiviti ini dan telah dibahagikan kepada dua kumpulan.  Kumpulan pertama telah bertolak ke Rumah Amal Haruman Kasih pada 0730 H dan kumpulan kedua telah bergerak pada jam 1200 H. 

Antara aktiviti yang telah dilakukan di Rumah Amal Haruman Kasih ialah bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah itu seterusnya bersama-sama menceriakan kawasan Rumah Amal Haruman Kasih tersebut.  Kerjasama warga kapal bersama warga Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih ini telah membuktikan semangat sukarelawan warga TLDM yang tinggi dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim antara mereka.




Warga KD MAHAWANGSA melaksanakan pembersihan
kawasan sekitar Rumah Amal Haruman Kasih


Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA memberikan
sumbangan kepada anak-anak yatim

Pada jam 1230 H, Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kdr Jaffry bin Ibrahim TLDM tiba di Rumah Amal Haruman Kasih dan menyampaikan ucapan beliau serta sumbangan kepada wakil Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih.

Sepanjang program ini berlangsung, warga kapal yang terlibat telah menunjukkan penampilan yang terbaik serta menaikkan imej TLDM.  Semua pihak yang terlibat telah menujukkan sikap kerjasama, komitmen dan tahap displin yang tinggi serta sikap positif agar objektif program ini tercapai.  Maklum balas yang amat positif telah terima daripada warga Rumah Amal Haruman Kasih kepada warga kapal. Warga Rumah Amal Haruman Kasih berterima kasih dengan bantuan yang dihulurkan serta mengharapkan program diteruskan lagi pada masa akan datang.


Warga KD MAHAWANGSA bergambar dan beramah mesra

selepas melaksanakan aktiviti pembersihan

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...