Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 02, 2015

PENGLIBATAN SKUADRON 31 MPCSS, KD MAHAWANGSA DALAM EKSESAIS LIMA 2015

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli TLDM 

Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) atau lebih dikenali sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi tahunan yang diadakan setiap tahun ganjil di Pulau Langkawi, Kedah. Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.


 LIMA merupakan ilham dari bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pameran LIMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1991. Pada mulanya, pameran ini bertujuan untuk menjadi platfom bagi pesawat-pesawat ringan dan eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik udara berdasarkan model EAA AirVenture Oshkosh di Amerika Syarikat. Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara di Asia Pasifik.



Persembahan akrobatik semasa LIMA 15

Tentera Laut dari 10 negara memulakan Eksesais Keselamatan Maritim Multinasional di Langkawi pada  bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015. Sembilan belas kapal pelbagai jenis digunakan oleh tentera laut Brunei Darussalam, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat dalam eksesais ini.


 Kapal Tentera Laut dari 10 negara sedang bersauh
ketika LIMA 15

Seperti kapal-kapal tentera laut yang lain , KD MAHAWANGSA telah mempamerkan rupacara kapal yang baik dan telah mendapat pujian daripada Panglima Tentera Laut semasa manning the ship. Eksesais seperti ini secara tidak langsung telah menaikkan imej Skuadron 31 MPCSS secara amnya dan seterusnya dapat mempamerkan kesiagaan yang tertinggi setanding dengan negara-negara maju.


KD MAHAWANGSA bersauh di Perairan Langkawi
 semasa Eksesais Lima 15







1 comments:

  1. Phải không?” Cô mặt không đổi sắc.”Cám ơn anh, anh ta có nói gì không?”
    “Anh ta nói sẽ đến đúng giờ.”
    “Tôi biết rồi.” Cô cầm hành lý, nhìn thẳng anh.”Nhưng dù sao điện thoại cũng là đồ vật riêng tư, hy vọng về sau anh không nên tùy tiện nghe điện thoại của tôi.”
    Nói xong, không đợi anh trả lời, cô liền kéo hành lý đi ra ngoài, cũng không quay đầu điệu bộ rất giống nữ vương.
    Thượng Tiếng anh cho người đi làm
    Tiếng anh cấp tốc
    Luyện thi toeic tại hà nội
    Tiếng anh cho người lớn tuổi
    Tiếng anh cho người mới bắt đầu
    Học tiếng anh tại hà nội
    dạy tiếng anh cho doanh nghiệp Thái Lăng nhíu mày, nhìn chằm chằm cánh cửa phòng bị cô đóng sầm lại.
    Gặp quỷ, nhìn cô giống như rất tức giận, anh là đắc tội gì với cô sao? Cô luôn giữ vẻ ngoài lạnh lùng để che dấu nội tầm?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...