Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 02, 2015

KD MAHAWANGSA Ditugaskan Dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat buah kapal ke Langkawi untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pendatang Rohingya termasuk KD MAHAWANGSA pada 13 Mei yang lalu.

Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan.

Para pelarian Rohingya telah berlayar dari tanah kelahirannya Arakan sekitar dua sehinga tiga bulan yang lepas dengan menggunakan kapal nelayan. Pada awalnya pelarian Rohingya telah mengharungi lautan selama lebih kurang 40 hari untuk sampai di negara Thailand dan Malaysia. Mereka telah mengalami penderitaan sepanjang pelayaran dengan menggunakan bot nelayan, antaranya adalah kekurangan makanan, minuman dan ubat-ubatan.

Selain itu, kesempitan ruang semasa pelayaran juga menjadi salah satu bentuk penderitaan dimana mereka terpaksa berhimpitan antara satu sama lain dalam satu kapal nelayan yang berkekuatan seramai 500 hingga 600 orang termasuk bayi dan ibu hamil. Kebanyakan mereka tiada arah tujuan berikutan Myanmar tidak mengiktiraf kerakyatan malah kawalan ketat pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Indonesia menghalang kemasukkan mereka ke negara lain. Lantas, ribuan pendatang yang kebanyakannya minoriti Islam Rohingya dipercayai terkandas di tengah lautan selepas ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia.

Bot nelayan yang dinaiki oleh pelarian Rohingya

Kesemua pelarian Rohingya tersebut telah ditahan dan telah dibawa ke Langkawi untuk diberi bantuan kemanusiaan seperti pakaian, makanan, minuman dan ubat-ubatan. KD MAHAWANGSA telah ditugaskan untuk mengambil kesemua pelarian tersebut dan membawa mereka ke Perairan Kuala Kedah.

KD MAHAWANGSA memulakan pelayaran ke Langkawi pada 13 Mei 2015 jam 1600H dan selamat tiba di Perairan Langkawi pada 14 Mei 2014 jam 0100H. Pada jam 0900H, kesemua pelarian Rohingya yang berkekuatan 338 orang telah selamat tiba di Markas Laut Wilayah 3 (MAWILLA 3) dan bersedia untuk dibawa ke Perairan Kuala Kedah. Pada jam 1100H, KD MAHAWANGSA telah selamat keluar pelabuhan MAWILLA 3 dan terus menuju ke Perairan Kuala Kedah. Seterusnya, kesemua pelarian Rohingya menaiki bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Maritim untuk dihantar ke Pusat Tahanan PATI Belatik,Sik.


                                            Para pelarian Rohingya berkumpul di Jeti MAWILLA 3


                                            Pelarian beratur untuk menaiki KD MAHAWANGSA


 Para pelarian Rohingya dibawa ke Pusat Tahanan PATI Belatik, Sik

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...