Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, January 15, 2015

Pesta Durian Sempena Media Tour FAMA (MetFAMA)

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan Media Tour Fama (MetFAMA) pada 16 Disember 2014 bertempat di KD MAHAWANGSA. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperlihatkan usahama strategik yang diambil oleh TLDM  dalam mencapai insiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Majlis pelancaran program yang telah disempurnakan bersama-sama oleh YBhg Pengerusi FAMA Malaysia, Tan Sri Dato’ Paduka Hj Badruddin bin Amiruldin dan Ybhg Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli di geladak tengah KD MAHAWANGSA.



Ketibaan YBhg Panglima Armada


Perasmian oleh YBhg Pengerusi FAMA Malaysia dan
YBhg Panglima Armada

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh YBhg Panglima Armada dan panglima telah menyuarakan rasa berbesar hati dengan program yang dianjurkan buat julung kalinya ini. Panglima berharap majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim dan usahama diantara TLDM dan FAMA.


Ucapan oleh YBhg Panglima Armada

Seterusnya, majlis makan sempena Pesta Durian yang dianjurkan oleh FAMA disertai oleh VIP dan semua warga armada yang hadir. Terdapat pelbagai buah-buahan tempatan yang telah disediakan khas oleh FAMA seperti durian, manggis, rambutan dan lain-lain lagi.


VIP yang hadir menjamah pelbagai
aneka buah-buahan tempatan


Warga armada dan pihak media
menjamah pelbagai buah-buahan

 Majlis yang dianjurkan oleh FAMA ini telah sampai ke penghujungnya. Majlis seperti ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa supaya persahabatan yang erat antara TLDM dan FAMA akan berkekalan  supaya dapat mencapai insiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS). Majlis berakhir pada jam 1930H.










1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...