Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, January 15, 2015

Perbarisan Ulung Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli TLDM

KD MAHAWANGSA telah melaksanakan Perbarisan Ulung Pegawai Memerintah pada 12 Disember 2014 bertempat di Jeti Air Dalam Pangkalan TLDM Lumut. Perbarisan ini yang terdiri daripada 4 platun yang menyaksikan gabungan pegawai dan warga kapal masuk perbarisan pada jam 0745H. Perbarisan pada kali ini merupakan yang pertama sejak Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kdr Jaffry Bin Ibrahim TLDM mengambil alih tampuk pemerintahan KD MAHAWANGSA.


Ketumbukan yang terdiri daripada 
4 platun masuk perbarisan

Perbarisan ini bermula apabila tepat jam 0805H Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan Pegawai Memerintah. Perbarisan pada kali ini diketuai oleh Lt Kdr Abil Asyraf bin Rahim TLDM selaku Pegawai Perbarisan manakala PW 1 TMK Normizan bin Jagiah ditugaskan sebagai Pegawai Waren perbarisan.


Ketibaan Pegawai Memerintah disambut dengan
tabik hormat oleh Pegawai Perbarisan

Objektif perbarisan ini dilaksanakan adalah untuk menyatukan keseluruhan warga KD MAHAWANGSA dari semua lapisan pangkat disamping mempamerkan semangat kerjasama selain memastikan tahap disiplin yang tinggi dapat dikekalkan di kalangan warga. Walaupun dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab dengan tugas seharian namun semua warga berupaya memberikan persembahan yang mantap dan bertenaga bagi menjayakan perbarisan ini.


Pegawai Memerintah memeriksa perbarisan


Pegawai Platun, Lt Dya Fadzli TLDM memberi tabik hormat
kepada Pegawai Memerintah semasa pemeriksaan perbarisan


Perbarisan diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada Laskar Kreatif dan Inovatif dan Bintara Kreatif dan Inovatif. Bagi Laskar Kreatif dan Inovatif telah dianugerahkan kepada LK 1 PAP Norzaid bin Shariff manakala Bintara Kreatif dan Inovatif telah dianugerahkan kepada PW 1 TMK Normizan bin Jagiah.


Bintara Kreatif dan Inovatif  telah dianugerahkan
kepada PW 1 TMK Normizan bin Jagiah


Laskar Kreatif dan Inovatif telah dianugerahkan
kepada LK 1 PAP Norzaid bin Shariff

Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa yang sungguh bersemangat oleh Staf Agama KD MAHAWANGSA, Koperal Mohd Kamarul Anuar bin Abd Rahim. Pegawai Memerintah meninggalkan majlis pada jam 0930H.




Bacaan doa oleh warga KD MAHAWANGSA


Pegawai Perbarisan memberi tabik hormat sebelum
Pegawai Memerintah meninggalkan majlis


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...