Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, January 15, 2015

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA

KD MAHAWANGSA telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA pada 10 Jun 2014. Majlis serba ringkas dan penuh bermakna ini telah dihadiri oleh YBhg Panglima Armada (PA), Laksamana Madya Dato' Abdul Hadi bin A. Rashid dan warga-warga armada bagi menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA iaitu diantara Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM dan Kdr Jaffry bin Ibrahim TLDM.




Ketibaan YBhg Panglima Armada 


Upacara dimulakan dengan menandatangani sijil serah terima tugas Pegawai Memerintah yang disaksikan oleh YBhg Panglima Armada dan seterusnya sijil serah terima tugas Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah yang baru. 



Menandatangani sijil Serah Terima Tugas
Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA


Sijil serah terima tugas Mantan Pegawai Memerintah kepada
Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA yang baru.

Upacara serah terima tugas ini diteruskan dengan  pemakaian dan penurunan insignia Pegawai Memerintah yang disempurnakan oleh YBhg Panglima Armada. 


Penurunan insigna Mantan Pegawai Memerintah 
KD MAHAWANGSA


Pemakaian insigna kepada Pegawai Memerintah 
KD MAHAWANGSA

Seterusnya, YBhg Panglima Armada menyampaikan sepatah dua kata kepada kesemua hadirin yang hadir pada upacara tersebut dan beliau telah mengingatkan kepada semua warga armada supaya mendaulatkan kesiagaan kapal TLDM dalam keadaan yang terbaik. Beliau juga mengucapkan berbanyak tahniah kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kdr Jaffry bin Ibrahim TLDM kerana telah diberi sepenuh kerpercayaan oleh pemerintah tertinggi TLDM untuk menerajui KD MAHAWANGSA dan mengharapkan PM KD MAHAWANGSA akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.


YBhg Panglima Armada menyampaikan ucapan

Upacara ini diteruskan dengan jamuan ringan yang disediakan kepada VIP dan warga armada yang hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA.


YBhg Panglima Armada menjamu kudapan 
yang telah disediakan

Upacara berakhir dengan Mantan Pegawai Memerintah bersalaman dengan warga KD MAHAWANGSA dan beliau menyampaikan amanat terakhir kepada warga kapal supaya memberikan sepenuh kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA untuk mengekalkan KD MAHAWANGSA sebagai salah satu kapal yang digelar ‘The Best Damn Ship’.


Mantan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA
bersalaman dengan warga kapal











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...