Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, January 15, 2015

Majlis Iftar Bersama Menteri Pertahanan (MENHAN)

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli TLDM

Majlis berbuka puasa ataupun iftar bersama Menteri Pertahanan (MENHAN), YBhg Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein Onn telah diadakan di KD MAHAWANGSA pada 24 Julai 2014 bertempat di Pusat Hidrogafi Nasional (PHN), Pelabuhan Klang. Pada jam 1830H, ketibaan Panglima Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu YBhg Panglima Tentera Laut (PTL), Panglima Tentera Darat (PTD) dan Panglima Tentera Udara (PTU) telah disambut oleh semua warga KD MAHAWANGSA dan hadirin yang hadir pada majlis tersebut.



Ketibaan YBhg Panglima Tentera Laut (PTL)


Ketibaan YBhg Panglima Tentera Darat (PTD)


Ketibaan YBhg Panglima Tentera Udara (PTU)

Pada jam 1840H, ketibaan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zulkifeli bin Mohd Zain telah disambut oleh panglima perkhidmatan, warga kapal dan hadirin yang hadir pada majlis tersebut.


Ketibaan YBhg Panglima Angkatan Tentera (PAT)

Pada jam 1850H, ketibaan Menteri Pertahanan (MENHAN), YBhg Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein Onn telah disambut oleh semua VIP yang hadir dan warga kapal dan upacara diteruskan dengan Sidang Media YBhg Menteri Pertahanan. 


Sidang Media YBhg Menteri Pertahanan (MENHAN)

Upacara diteruskan dengan majlis berbuka puasa bertempat di Geladak Penerbangan KD MAHAWANGSA. Sedikit kudapan seperti kuih-muih tradisional dan kurma  telah disediakan kepada semua VVIP, VIP dan warga kapal sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.



VVIP, VIP dan warga kapal menjamah sedikit kudapan

Setelah semua hadirin menjamah sedikit kudapan untuk berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah yang bertempat di Geladak Kereta Kebal.



YBhg MENHAN bersama VIP dan warga kapal 
menunaikan solat maghrib berjemaah

Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjamah pelbagai kudapan yang disediakan seperti nasi goreng cina, bihun goreng dan lain-lain lagi. YBhg Menteri Pertahanan bersama-sama VIP  serta warga kapal menjamu selera sambil bertukar pendapat tentang kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


YBhg MENHAN bersama VIP menjamah kudapan

 Setelah selesai menjamah pelbagai kudapan yang disediakan, YBhg Menteri Pertahanan bersama-sama VIP meninggalkan majlis dan memberi sedikit kata-kata semangat dan peransang kepada warga KD MAHAWANGSA supaya menjadi seorang tentera yang berdisplin dan komited dalam kerjaya.


YBhg Menteri Pertahanan bersalaman 
dengan warga kapal










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...