Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, January 15, 2015

Lawatan Operasi di Tanjung Priok, Jakarta

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli TLDM

KD MAHAWANGSA  telah ditugaskan melaksanakan lawatan operasi di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta bermula 15 Nov sehingga 18 Nov 14.  Lawatan operasi ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut iaitu dapat meningkatkan kerjasama dan hubungan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia dan memberi pendedahan dan pengalaman kepada tentera Malaysia mengenai  ketenteraan dan negara Indonesia. Lawatan ini juga salah satu platform untuk mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. KD MAHAWANGSA tiba di Tanjung Priok, Jakarta pada 15 Jun 2014 dan ketibaan telah disambut dengan meriah oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan pasukan brass band LANTAMAL III.




Ketibaan KD MAHAWANGSA di Tanjung Priok, Jakarta
disambut oleh TNI dan pasukan brass band

Setelah kapal merapat di Jakarta International Container Terminal 2 (JICT 2) Tanjung Priok, pegawai-pegawai KD MAHAWANGSA disambut baik oleh warga TNI dan seterusnya ucapan selamat datang oleh Asisten Staf Operasi LANTAMAL III, Kolonel Laut Eko Wuhdoyo



Ketibaan pegawai-pegawai KD MAHAWANGSA
disambut dengan penuh gemilang


Ucapan selamat datang oleh Asisten Staf Operasi LANTAMAL III,
Kolonel Laut Eko Wuhdoyo.


Pegawai-pegawai KD MAHAWANGSA bergambar
dengan warga TNI


Pertukaran pelaka diantara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa kapal melaksanakan Lawatan Operasi ke Tanjung Priok, Jakarta. Antaranya adalah lawatan oleh keluarga staf Kedutaan Malaysia di Jakarta, lawatan ke Kem LANTAMAL III oleh warga kapal, kunjungan hormat Pegawai Memerintah kepada Ketua Staf Armada Barat, kunjungan hormat Pegawai Memerintah kepada Walikota Jakarta Barat dan majlis Koktail di kapal.




Lawatan oleh keluarga staf Kedutaan Malaysia di Jakarta


Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA
menandatangani buku pelawat


Kunjungan hormat Pegawai Memerintah kepada
Ketua Staf Armada Barat


Majlis Koktail di KD MAHAWANGSA


Persembahan tradisional melayu oleh warga kapal
semasa Majlis Koktail

Secara keseluruhannya lawatan  ini telah berjaya membuktikan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Indonesia dan mampu bekerjasama untuk menghadapi sebarang ancaman musuh.  Hubungan baik khasnya di antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan TNI-AL haruslah terus dipereratkan dengan aktiviti lawatan sebegini supaya kedua-dua negara akan dapat terus sepakat dalam menyelesaikan sebarang masalah di masa hadapan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...