Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 14, 2014

PERBARISAN PEGAWAI KANAN ARMADA 2014

Disediakan oleh : Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM

              Perbarisan Pegawai Kanan Armada 2014 telah dilaksanakan di padang kawad pangkalan pada 06 Jun 2014 bersamaan 27 Rejab 1435H.  Perbarisan ini bersempena dengan Majlis Perpisahan Pegawai Kanan Armada (PKA), Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM , Pegawai Memerintah KD MAHAWAHANGSA. Beliau akan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Laut Wilayah 3 (MAWILLA 3) dan seterusnya menyerahkan tugas PKA kepada Kept Noor Zukhi Bin Haji Harun TLDM, Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI.

Ketibaan Pegawai Kanan Armada
Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM

Upacara perbarisan PKA dimulakan pada jam 0730H yang diketuai oleh Lt Kdr Hazriel Fieza Bin Talib TLDM, Pegawai Navigasi KD MAHAWANGSA, selaku Pegawai Perbarisan. Perbarisan yang dilaksanakan dengan sempurna ini terdiri daripada 6 platun yang diwakili oleh warga armada serta unit-unit yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut. 

Pegawai Perbarisan
Lt Kdr Hazriel Fieza Bin Talib TLDM

Pegawai-pegawai Armada yang turut hadir


PKA memeriksa platun pegawai

PKA memeriksa platun

               Dalam perutusannya, PKA turut menyampaikan amanat dan penghargaannya yang tinggi kepada warga armada diatas kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan dalam menjayakan perbarisan ini. Menurut beliau, sepanjang perkhidmatan beliau sebagai PKA pelbagai kejayaan telah dikecapi samada dalam peringkat TLDM mahupun peringkat perkhidmatan. Selain itu, PKA juga berharap agar kecemerlangan yang dikecapi oleh warga armada selama ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan supaya armada akan terus disegani dan dipandang tinggi.

PKA menyampaikan ucapan

Sejurus selesai ucapan dan amanat daripada PKA, Pegawai Perbarisan memberikan penghormatan kepada PKA untuk platun perbarisan bersurai. Seterusnya, sesi bergambar PKA bersama dengan warga armada di padang kawad pangkalan. Perbarisan berakhir setelah selesai sesi bergambar pada jam 0930H.

Sesi bergambar PKA bersama warga armada






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...