Majlis RPC telah diadakan pada
06 Jun 2014 bertempat di KD MAHAWANGSA bersempena dengan perpisahan Pegawai
Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM, sebagai Pegawai
Kanan Armada (PKA). Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai memerintah kapal
dan pangkalan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai yang berkhidmat di
Pangkalan TLDM Lumut.
Suasana majlis RPC di KD MAHAWANGSA
Majlis bermula pada jam 1030H dengan ketibaan pegawai-pegawai setelah
selesai Perbarisan Pegawai Kanan Armada yang telah dilaksanakan di padang kawad
pangkalan. Majlis RPC adalah salah satu aktiviti sosial yang sangat sinonim
dengan TLDM dimana dapat mengeratkan silaturrahim diantara pegawai-pegawai yang
berkhidmat dalam perkhidmatan TLDM. Selain itu, majlis seumpama ini juga
memberi peluang kepada pegawai-pegawai muda untuk beramah mesra dan berkongsi
pengalaman serta bertukar pendapat dengan pegawai-pegawai yang sudah lama
berkhidmat dalam perkhidmatan TLDM. Setelah selesai ketibaan pegawai-pegawai, majlis diteruskan dengan menjamah kudapan yang disediakan, antaranya adalah karipap, seri muka, ketayap dan sebagainya.
Ketibaan pegawai-pegawai sempena majlis RPC
Di KD MAHAWANGSA
Pegawai-pegawai yang hadir menikmati
kudapan yang disediakan
PKA beramah mesra bersama
pegawai-pegawai memerintah
Pegawai Royal Australian Navy (RAN)
turut datang memeriahkan majlis
Setelah hampir sejam beramah mesra, bertukar pendapat dan berkongsi
pengalaman, majlis RPC yang dilaksanakan pada kali ini sudah sampai ke
penghujungnya. Pegawai-pegawai memerintah, pegawai-pegawai kanan serta
pegawai-pegawai yang hadir mula meninggalkan majlis dengan riak wajah yang
berpuas hati dengan majlis RPC yang telah diatur dan direncanakan oleh KD
MAHAWANGSA. Majlis berakhir pada jam 1130H.
Pegawai-pegawai meninggalkan majlis RPC
No comments:
Post a Comment