Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 14, 2014

MAJLIS REQUEST PLEASURE OF THE COMPANY (RPC) DI KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM

         Majlis RPC telah diadakan pada 06 Jun 2014 bertempat di KD MAHAWANGSA bersempena dengan perpisahan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM, sebagai Pegawai Kanan Armada (PKA). Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai memerintah kapal dan pangkalan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut.

Suasana majlis RPC di KD MAHAWANGSA

              Majlis bermula pada jam 1030H dengan ketibaan pegawai-pegawai setelah selesai Perbarisan Pegawai Kanan Armada yang telah dilaksanakan di padang kawad pangkalan. Majlis RPC adalah salah satu aktiviti sosial yang sangat sinonim dengan TLDM dimana dapat mengeratkan silaturrahim diantara pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam perkhidmatan TLDM. Selain itu, majlis seumpama ini juga memberi peluang kepada pegawai-pegawai muda untuk beramah mesra dan berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat dengan pegawai-pegawai yang sudah lama berkhidmat dalam perkhidmatan TLDM. Setelah selesai ketibaan pegawai-pegawai, majlis diteruskan dengan menjamah kudapan yang disediakan, antaranya adalah karipap, seri muka, ketayap dan sebagainya. 

Ketibaan pegawai-pegawai sempena majlis RPC
Di KD MAHAWANGSA

Pegawai-pegawai  yang hadir menikmati
kudapan yang disediakan

PKA beramah mesra bersama
pegawai-pegawai memerintah

Pegawai Royal Australian Navy (RAN) 
turut datang memeriahkan majlis

              Setelah hampir sejam beramah mesra, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman, majlis RPC yang dilaksanakan pada kali ini sudah sampai ke penghujungnya. Pegawai-pegawai memerintah, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai yang hadir mula meninggalkan majlis dengan riak wajah yang berpuas hati dengan majlis RPC yang telah diatur dan direncanakan oleh KD MAHAWANGSA. Majlis berakhir pada jam 1130H.

Pegawai-pegawai meninggalkan majlis RPC




            


PERBARISAN PEGAWAI KANAN ARMADA 2014

Disediakan oleh : Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM

              Perbarisan Pegawai Kanan Armada 2014 telah dilaksanakan di padang kawad pangkalan pada 06 Jun 2014 bersamaan 27 Rejab 1435H.  Perbarisan ini bersempena dengan Majlis Perpisahan Pegawai Kanan Armada (PKA), Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM , Pegawai Memerintah KD MAHAWAHANGSA. Beliau akan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Laut Wilayah 3 (MAWILLA 3) dan seterusnya menyerahkan tugas PKA kepada Kept Noor Zukhi Bin Haji Harun TLDM, Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI.

Ketibaan Pegawai Kanan Armada
Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM

Upacara perbarisan PKA dimulakan pada jam 0730H yang diketuai oleh Lt Kdr Hazriel Fieza Bin Talib TLDM, Pegawai Navigasi KD MAHAWANGSA, selaku Pegawai Perbarisan. Perbarisan yang dilaksanakan dengan sempurna ini terdiri daripada 6 platun yang diwakili oleh warga armada serta unit-unit yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut. 

Pegawai Perbarisan
Lt Kdr Hazriel Fieza Bin Talib TLDM

Pegawai-pegawai Armada yang turut hadir


PKA memeriksa platun pegawai

PKA memeriksa platun

               Dalam perutusannya, PKA turut menyampaikan amanat dan penghargaannya yang tinggi kepada warga armada diatas kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan dalam menjayakan perbarisan ini. Menurut beliau, sepanjang perkhidmatan beliau sebagai PKA pelbagai kejayaan telah dikecapi samada dalam peringkat TLDM mahupun peringkat perkhidmatan. Selain itu, PKA juga berharap agar kecemerlangan yang dikecapi oleh warga armada selama ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan supaya armada akan terus disegani dan dipandang tinggi.

PKA menyampaikan ucapan

Sejurus selesai ucapan dan amanat daripada PKA, Pegawai Perbarisan memberikan penghormatan kepada PKA untuk platun perbarisan bersurai. Seterusnya, sesi bergambar PKA bersama dengan warga armada di padang kawad pangkalan. Perbarisan berakhir setelah selesai sesi bergambar pada jam 0930H.

Sesi bergambar PKA bersama warga armada






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...