Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, May 26, 2014

PROJEK JIWA MURNI MASJID AL ADLY, LUMUT

Disediakan oleh : Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM

                  Baru-baru ini, KD MAHAWANGSA telah melaksanakan satu Projek Jiwa Murni pada 21 Mei 2014 di Masjid Al Adly, Lumut. Pemilihan tempat kali ini adalah dipilih berdasarkan keadaan masjid terletak di tengah Bandar Lumut dan menjadi tumpuan di kalangan pelancong untuk menunaikan ibadah. Jesteru itu, untuk mengekalkan tahap kesiagaan masjid dalam keadaan bersih dan terbaik, warga KD MAHAWANGSA telah menghantar 25 orang anggota untuk melakukan beberapa tugasan yang telah direncanakan oleh pihak kapal seperti mengecat tiang, mengecat tembok, menyusun barang-barang, membajak tanah dan membuang sampah serta menyapu di sekitar kawasan masjid.

Masjid Al Adly, Lumut

                Projek Jiwa Murni bermula pada jam 1430H setelah semua anggota berkumpul di perkarangan Masjid Al Adly, Lumut. Taklimat telah diberikan oleh Serang 1 KD MAHAWANGSA berkaitan dengan kawasan-kawasan yang akan dilaksanakan cucian, mengecat dan sebagainya.

   Terdapat beberapa tempat yang perlu dilaksanakan kerja mengecat untuk mengekalkan rupacara masjid di tahap yang terbaik seperti mengecat tiang dan mengecat tembok batu. Pelbagai transformasi yang telah dilaksanakan oleh warga kapal dalam aktiviti mengecat bagi menampakkan keadaan di sekitar masjid lebih ceria dan secara tidak langsung dapat memberikan satu impak yang besar kepada penduduk dan pelancong yang datang untuk menunaikan ibadah.

Keadaan tiang sebelum
dilaksanakan kerja mengecat


Anggota KD MAHAWANGSA
melaksanakan kerja mengecat


Keadaan tiang selepas
dilaksanakan kerja mengecat

Keadaan tembok batu sebelum
dilaksanakan kerja mengecat


Anggota kapal melaksanakan
kerja mengecat


Keadaan tembok batu selepas
melaksanakan kerja mengecat

             Seterusnya, anggota KD MAHAWANGSA telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan sekitar masjid bagi menjadikan keadaan luaran dan dalaman masjid dalam keadaan bersih dan teratur. Kerja-kerja menyapu debu di lantai, mengelap tingkap, membuang sampah, membajak, menyiram pokok dan sebagainya telah dilaksanakan di sekitar masjid untuk memberikan gambaran kepada penduduk dan pengunjung bahawa masjid adalah suatu tempat beribadah yang perlu dibersihkan dan dijaga dengan rapi.

Kerja-kerja menyapu lantai
sekitar kawasan masjid


Kawasan masjid selepas
dilaksanakan pembersihan

Kerja-kerja mengelap tingkap

Kerja-kerja pembersihan
dan pembajakan


Keadaan kawasan selepas dilaksanakan
pembersihan dan pembajakan

Kerja-kerja menyiram pokok

Kerja-kerja pembersihan di
bahagian hadapan masjid


Projek jiwa murni sememangnya sinonim dengan warga TLDM dan ini adalah salah satu konsep untuk mengeratkan silaturrahim di antara warga TLDM dengan penduduk yang datang untuk beribadah ataupun untuk bersama-sama melaksanakan kerja permbersihan di sekitar Masjid Al Adly, Lumut. Projek Jiwa Murni berakhir pada jam 1700H.

Kerja-kerja permbersihan bersama-sama
dengan jemaah Masjid Al Adly Lumut



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...