Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, May 21, 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH KD MAHAWANGSA 2014

Disediakan oleh : Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM

                  Perbarisan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA 2014 telah diadakan di Jeti Air Dalam, Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) sempena Ulang Tahun KD MAHAWANGSA ke 31. Tepat jam 0745H ketumbukan terdiri daripada 4 platun telah memasuki perbarisan. Perbarisan pada kali ini diketuai oleh Lt Kdr Mohd Hazahazuan bin Mohd Zin TLDM selaku Pegawai Perbarisan dan dibantu oleh PW I KOM selaku Pegawai Waren Perbarisan. Perbarisan yang telah dilaksanakan ini sejajar dengan perkara yang terkandung dalam Pelan Strategik TLDM 2013-2020 iaitu menentukan ‘Pengurusan Modal Insan yang Dinamik’ dapat direalisasikan dengan jayanya.

Anggota KD MAHAWANGSA memasuki perbarisan

Perbarisan ini bermula tepat jam 0805H apabila Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan Pegawai Memerintah. Objektif perbarisan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyatukan keseluruhan warga KD MAHAWANGSA dari semua lapisan pangkat di samping mempamerkan semangat kerjasama selain memastikan tahap disiplin yang tinggi dapat dikekalkan di kalangan warga. Walaupun kesibukan KD MAHAWANGSA dalam melaksanakan misi dan tanggungjawab yang telah direncanakan oleh pihak tertinggi TLDM namun semua warga berupaya memberikan mutu persembahan yang mantap dan bertenaga bagi menjayakan perbarisan ini.

Ketibaan Pegawai Memerintah

             Selepas penerimaan hormat oleh Pegawai Memerintah, perbarisan diteruskan dengan nyanyian lagu Samudera Raya dan Armada oleh warga KD MAHAWANGSA. Nyanyian penuh semangat yang ditonjolkan oleh semua warga menunjukkan bahawa pimpinan yang telah diterajui oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM adalah yang terbaik di kalangan terbaik. Seterusnya, Pegawai Memerintah telah melaksanakan pemeriksaan perbarisan kepada semua warga di dalam perbarisan. 

Pegawai Platun melapor kepada
Pegawai Memerintah

Pemeriksaan perbarisan oleh
Pegawai Memerintah

                Seterusnya, ucapan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA telah diadakan di geladak kereta kebal berikutan cuaca buruk di Jeti Air Dalam. Dalam ucapan beliau, Pegawai Memerintah menyampaikan amanat dan setinggi penghargaan kepada warga KD MAHAWANGSA. Beliau juga mengingatkan warga akan keutamaan perlu diberi dalam mendokong aspek yang digariskan oleh YBhg Panglima Tentera Laut iaitu penghayatan budaya kualiti dan inovasi, berintegriti tinggi terhadap setiap pekerjaan yang dilaksanakan, budaya senggaraan perlu dikekalkan dan diteruskan bagi pucuk pimpinan yang akan datang serta peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan diri. Sepanjang pemerintahan beliau sebagai Pegawai Memerintah, terdapat beberapa insiden yang telah menjadi ingatan serta kenangan manis dan pahit terutamanya ketika KD MAHAWANGSA belayar ke Jakarta untuk menjalani Eksesais Malindo Jaya dimana kapal menghadapi kerosakan ketiga-tiga janakuasa. Berikutan insiden tersebut, kapal dengan jayanya dapat melaksanakan eksesais dan pulang ke TPL tanpa sebarang masalah dengan hanya menggunakan 1 Janakuasa Kecemasan. Jesteru itu, Pegawai Memerintah menyampaikan amanat dan pesanan kepada anggota-anggota yang sudah lama berkhidmat supaya mencurahkan ilmu yang sedia ada kepada anggota-anggota yang baru berkhidmat bagi meneruskan kegemilangan yang telah dikecapi oleh KD MAHAWANGSA sehingga ke hari ini.

Ucapan oleh Pegawai Memerintah
KD MAHAWANGSA

Pegawai serta warga KD MAHAWANGSA
beratur di Geladak Kereta Kebal

              Seterusnya, jamuan sempena Ulang Tahun KD MAHAWANGSA ke 31 telah diadakan di geladak kereta kebal.  Sesi pemotongan kek telah dilaksanakan sebagai tanda peringatan Pegawai Memerintah dan seluruh warga KD MAHAWANGSA diatas kejayaan dan pengorbanan yang telah dilalui sepanjang berkhidmat di kapal. Majlis berakhir pada jam 1000H.

Upacara pemotongan kek bersama
Pegawai Memerintah


Jamuan Sambutan Ulang Tahun ke 31 
bersama Pegawai Memerintah
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...