Disediakan oleh : Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM
Satu
majlis ringkas penuh bermakna telah diadakan di Wisma Perwira KD MAHAWANGSA bagi mengenang jasa mantan Pegawai
Laksana KD
MAHAWANGSA, Kdr George a/l Paul Thomas Rozario TLDM yang akan bertukar keluar
ke Markas Pemerintahan Armada sebagai AKS Tadbir.
Pegawai Laksana dan pegawai-pegawai KD MAHAWANGSA
berkumpul di Wisma Perwira
Serba
sedikit latar belakang mengenai mantan Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA, Kdr George
a/l Paul Thomas Rozario TDLM. Beliau mula berkhidmat di KD MAHAWANGSA pada 23
Ogos 2012 dan sehingga kini, beliau telah berkhidmat selama 1 tahun 9 bulan di
kapal ini. Sepanjang perkhidmatan beliau, banyak jasa dan pengorbanan yang telah
beliau curahkan untuk menjadikan KD MAHAWANGSA sebagai salah sebuah kapal yang disegani dan dihormati
oleh pemerintahan tertinggi TLDM.
Mantan Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA
Kdr George a/l Paul Thomas Rozario TLDM
Majlis yang bermula pada pada jam 1600H adalah bertujuan untuk mengenang
segala jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh mantan Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA, Kdr George a/l
Paul Thomas Rozario TLDM dan sebagai satu penghormatan terakhir sepanjang
tempoh perkhidmatan beliau di KD MAHAWANGSA. Turut hadir memeriahkan majlis
perpisahan ini adalah Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee Bin
Mohamad Isa TLDM.
Turut hadir memeriahkan majlis Pegawai Memerintah KD
MAHAWANGSA
Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM
Majlis
diteruskan dengan sepatah dua kata oleh mantan Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA. Dalam
ucapan beliau, beliau menyampaikan rasa terharu dan mengucapkan ribuan terima
kasih ke atas pegawai-pegawai KD MAHAWANGSA kerana telah melaksanakan majlis ini
walaupun dalam kesibukan menjalani rutin Self Maintenance Period (SMP). Beliau
juga mengucapkan perhargaan kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA yang telah
banyak memberi peluang dan kata-kata semangat sepanjang beliau berkhidmat
sebagai Pegawai Laksana di kapal ini. Tambahan lagi, beliau sebagai seorang
anak watan yang mencintai TLDM berbangga dan terharu kerana diberi penghormatan
untuk memegang tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan kehendak
pemerintahan tertinggi TLDM.
Ucapan oleh mantan Pegawai Laksana KD Mahawangsa
Seterusnya,
majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee Bin
Mohamad Isa TLDM. Beliau telah mengucapkan setinggi perhargaan dan ucapan
terima kasih kepada mantan Pegawai Laksana atas sumbangan dan jasa yang telah
dicurahkan selama ini. Beliau juga menyentuh tentang komitmen yang bersungguh
daripada seluruh pegawai KD MAHAWANGSA dan keprihatinan mantan Pegawai Laksana
selama ini yang telah banyak menyumbangkan nasihat dan tunjuk ajar untuk
memastikan KD MAHAWANGSA berada dalam pencapaian yang terbaik dan tertinggi.
Ucapan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA
Sebagai penghargaan diatas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat
sebagai Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA, cenderamata sumbangan ikhlas daripada
Wisma Perwira KD MAHAWANGSA telah diberikan kepada beliau untuk tanda kenangan
dan ingatan. Penyampaian cenderamata ini telah disempurnakan oleh Pegawai
Memerintah KD MAHAWANGSA.
Penyampaian cenderamata kepada mantan Pegawai Laksana
oleh Pegawai
Memerintah KD MAHAWANGSA
No comments:
Post a Comment