Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, May 15, 2014

MAJLIS MESRA DAN BARBEKU KD MAHAWANGSA SEMPENA EKSESAIS THAMAL AHEX 14

Disediakan oleh: Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM

Majlis Mesra dan Barbeku KD MAHAWANGSA sempena Eksesais THAMAL AHEX 14 telah diadakan pada 5 Mei 2014 yang bertempat di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada anggota kapal dan para peserta THAMAL AHEX 14 bagi mengenali antara satu sama lain secara lebih dekat di dalam persekitaran yang harmoni, di samping dapat memupuk semangat kekitaan di antara perkhidmatan. Dengan adanya semangat sebegini, diharap dapat menyumbang kepada kecemerlangan dan peningkatan produktiviti organisasi.  Di samping itu juga, majlis ini dapat memberi peluang kepada anggota kapal dan para peserta berinteraksi dan beramah mesra sambil berkongsi pengalaman dan perkembangan terkini mengenai THAMAL AHEX 14. 

Para Jemputan terdiri daripada anggota kapal dan
para peserta THAMAL AHEX 14

Majlis ini bermula pada jam 2015H dan telah diserikan lagi dengan kehadiran dif-dif kehormat, anggota kapal dan para peserta THAMAL AHEX 14. Majlis dimulakan dengan persembahan silat yang cukup bertenaga dan mempesonakan oleh dua orang pesilat KD MAHAWANGSA iaitu LK II TNL Rahim dan LK II PWP Solehin. 

Persembahan silat

Majlis ini diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM. Dalam ucapan ringkas beliau, Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA melahirkan rasa bersyukur kerana majlis ini dapat direalisasikan dengan jayanya meskipun terdapat sedikit kekangan yang tidak dapat dielakkan. Menurut beliau lagi, majlis seumpama ini telah menjadi tradisi turun-temurun dan bukan sahaja dapat melahirkan perasaan bangga terhadap perkhidmatan malah secara tidak langsung dapat dijadikan platform bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan  mewujudkan keharmonian. 

Ucapan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA

Selain itu, para jemputan juga telah disajikan dengan persembahan-persembahan yang menarik seperti persembahan tarian kuda kepang, persembahan dikir barat dan persembahan nyanyian yang dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan KD MAHAWANGSA (KUKES D WANGSA).

Pesembahan tarian kuda kepang

Pesembahan dikir barat

Pesembahan nyanyian

          Ketika persembahan berlangsung, para peserta dan anggota kapal dijamu dengan juadah yang telah disediakan oleh bendari kapal. Antara juadah yang disediakan adalah kambing golek, nasi goreng, ayam goreng, sosej, nugget, kentang goreng, coleslow dan sebagainya.

Dif-dif kehormat dan pegawai menikmati juadah yang disediakan

Para peserta dan anggota kapal beratur untuk 
menikmati juadah yang disediakan

      Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh KD MAHAWANGSA kepada Deputy Chief Ex Control Group, Laksamana Pertama Datuk Khairul Anuar Bin Yahya sebagai tanda kenangan dan penghargaan di atas kerjasama yang telah dipamerkan sepanjang Eksesais THAMAL AHEX 14.

Penyampaian cenderamata oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA
kepada Laksamana Pertama Datuk Khairul Anuar Bin Yahya

Penyampaian cenderamata oleh Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA
kepada Laksamana Pertama Datuk Khairul Anuar Bin Yahya

Secara keseluruhan Majlis Mesra dan Barbeku ini telah dianjurkan dengan jayanya. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua ahli jawatankuasa urusetia yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Majlis berakhir pada jam 2330H.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...