Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, May 16, 2014

31 Tahun Gah Membelah Samudera Kapal Diraja MAHAWANGSA Skuadron MPCSS ke 31

Disediakan oleh : Lt Dya Muhammad Fadzli TLDM


            Tanggal 16 Mei 2014, genaplah usia 31 tahun Kapal Diraja MAHAWANGSA di dalam perkhidmatan TLDM. Kapal yang dikategorikan sebagai sebuah kapal Multi Purpose Command and Support Ship (MPCSS) Ke 31 masih lagi gah membelah samudera dan menongkah arus sehingga ke hari ini. Kapal ini telah dibina pada 16 September 1982 oleh Korea Tacoma Marine Industries Ltd di Masan, South Korea dan telah ditauliahkan pada 16 Mei 1983. Kapal ini direka khas untuk melaksanakan misi sebagai sebuah kapal bantuan logistik dan juga digunakan sebagai kapal latihan untuk melatih pegawai-pegawai muda dan anggota-anggota yang lain. KD MAHAWANGSA merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang berperanan sebagai kapal sokongan pelbagai peranan seberat 4,900 tan, sepanjang 103 meter dan lebar 15 meter yang berpangkalan di TLDM Lumut di Perak, Malaysia. Ia dinamakan sempena Hikayat Merong Mahawangsa, lagenda pengasas kerajaan Kedah Tua.

Kapal Diraja MAHAWANGSA

Selama 31 tahun KD MAHAWANGSA berada di bawah naungan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), seramai 18 orang telah menjadi Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA sehingga kini. Berikut merupakan senarai nama Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA.

BIL
PANGKAT
NAMA/NO TENTERA
TAHUN
MULA
AKHIR
1
KEPT
ALLAHYARHAM MUHAMMAD YASIN BIN HJ SALLEH TLDM N/400179
16/05/1983
20/12/1985
2
KEPT
MOHD HUSIN BIN TAMBY TLDM N/400226
21/12/1985
07/09/1988
3
KDR
MOHAMMAD BIN NIK TLDM N/400402
08/09/1988
20/01/1991
4
KDR
FAIZAL BIN ABDULLAH TLDM N/404288
21/01/1991
05/12/1993
5
KEPT
ZAINAL BIN MOHD DALI TLDM N/400277
06/12/1993
18/11/1994
6
KEPT
TAN SEE MING TLDM N/400267
19/11/1994
25/11/1996
7
KDR
PRAK MOAN A/L BEE KEE TLDM N/400433
26/11/1996
16/04/1999
8
KDR
YEE HOCK HIN TLDM N/400460
17/04/1999
20/04/2001
9
KEPT
RADZI BIN  YAHAYA TLDM N/400493
22/04/2001
22/07/2002
10
KDR
ABDUL MALIK BIN KHAMIS TLDM N/401310
23/07/2002
20/01/2003
11
KEPT
MOHD SOM BIN IBRAHIM TLDM N/401132
21/01/2003
09/11/2003
12
KDR
ALLAHYARHAM ABDUL HADIB BIN ABDUL WAHAB TLDM N/401561
10/11/2003
16/05/2005
13
KDR
ROSLAN BIN IDRIS TLDM N/401406
17/05/2005
02/04/2006
14
KEPT
ANUWI BIN HASSAN TLDM N/401513
03/04/2006
13/02/2007
15
KDR
KHALID BIN JAAFAR TLDM N/401892
14/02/2007
01/02/2009
16
KDR
SUHAIMI BIN SULAIMAN TLDM N/402260
02/02/2009
13/07/2010
17
KEPT
JAMEL BIN ABD RAHMAN TLDM N/401897
14/07/2010
29/06/2012
18
KEPT
ROSLEE BIN MOHAMAD ISA TLDM N/402202
30/06/2012
SEKARANG

Sepanjang KD MAHAWANGSA di dalam Perkhidmatan TLDM, kapal telah banyak terlibat dengan pelbagai operasi yang telah diarahkan dalam membuktikan keupayaan sebenar TLDM antaranya:



Operasi menyelamat 2 buah kapal MISC di Teluk Aden

Operasi menyelamat  MT Nautica Johor Bahru

Operasi penghantaran kereta perisai ADNAN
ke Lahad Datu

KD MAHAWANGSA terlibat dalam operasi
mencari dan menyelamat pesawat MH370 (SAR)

Selain itu, kapal telah terlibat dengan pelbagai eksesais dalam dan luar negeri antaranya:



KD MAHAWANGSA terlibat dengan
Eksesais HADR Brunei 2013

Majlis Ramah Mesra  
Eksesais Malindo Jaya 2012

KD MAHAWANGSA terlibat dengan
Eksesais Bersama LIMA 2013

KD MAHAWANGSA terlibat dengan
Eksesais Belangkas 2013

Latihan FDO bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia

Latihan Heaving Line Transfer (HLT)
dengan KD JEBAT

Dalam kesibukan kapal menjalani operasi yang telah direncanakan oleh pihak tertinggi TLDM, khidmat sosial kemasyarakatan juga adalah sebagai salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk menaikkan martabat dan sahsiah diri anggota kapal ke arah World Class Navy sejajar dengan visi dan misi TLDM.


Jiwa Murni di Bukit Engku Busu


Jiwa Murni di Teluk Batik, Lumut

Justeru dengan penglibatan yang aktif oleh KD MAHAWANGSA dalam pelbagai operasi dan eksesais, kapal telah menerima ucapan penghargaan oleh Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanafiah diatas penglibatan dan sokongan KD MAHAWANGSA  dalam latihan HADR + MM Ex kali ke-2 di Negara Brunei Darussalam.

Ucapan penghargaan oleh 
Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei

Seterusnya, kapal juga mendapat ucapan penghargaan daripada Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Jaafar  di atas kejayaan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KKI) KD MAHAWANGSA yang telah menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) 2013 dalam Kategori Pengurusan Projek.

Ucapan penghargaan oleh 
Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut

                  Sesuai dengan pengiktirafan kapal sebagai 'Duta 5S' dan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia pertama yang menerima persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, KD MAHAWANGSA telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membuktikan bahawa warga KD MAHAWANGSA mempunyai sikap serta keperibadian yang tinggi dalam melaksanakan tugas di kapal dan mengekalkan prestasi sebagai sebuah kapal yang mengamalkan 5s.

          Bagi merealisasikan pucuk pimpinan ke arah World Class Navy, kapal telah dipersijilkan dengan persijilan ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007. Persijilan ini merupakan pengiktirafan SIRIM kepada pihak kapal dalam pengurusan dokumen dan keselamatan yang berkualiti dan efisyen. Berikut adalah perjalanan yang ditempuh oleh KD MAHAWANGSA untuk mengecap kejayaan sehingga dipersijilkan ISO dan OHSAS:

Tarikh
Kejayaan
DIS 2010
DIPERSIJILKAN ISO OHSAS
JUN 2011
MALAYSIAN BOOK OF RECORD - DIPERSIJILKAN ISO OHSAS
JAN 2012
DIPERSIJILKAN : AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S 

KD MAHAWANGSA catat nama dalam
Malaysian Book Of Records mengenai pengiktirafan 5s

Bagi sebuah kapal TLDM yang telah mencecah usia 31 tahun bukan suatu perkara yang mudah untuk dicapai namun semangat dan kerjasama serta usaha gigih warga KD MAHAWANGSA telah menunjukkan perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Semoga KD MAHAWANGSA akan terus dapat menyumbang bakti dalam TLDM sebagai sebuah kapal yang bertaraf antarabangsa seiring dengan misi dan visi TLDM untuk menjadi ‘World Class Navy’ akan tercapai.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...