Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, April 02, 2014

Sukan di Pulau Jemaja

Disediakan oleh : Lt Akeem
        Pada 2 April 14 yang lalu, telah berlangsung acara sukan di Pulau Jemaja bersempena dengan Eksesais Komodo 2014. Acara sukan yang diadakan adalah berkonsepkan riadah berbanding pertandingan. Sukan ini telah disertai oleh pasukan TLDM yang diwakili oleh KD MAHAWANGSA, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) dan juga penduduk setempat.
Pasukan TLDM bersama pasukan TNI-AL
Perlawanan bola sepak pantai sedang berlangsung
        Terdapat dua jenis sukan yang telah dijalankan iaitu bola sepak pantai 5 sebelah dan bola tampar. Untuk perlawanan bola sepak pantai, pasukan TLDM telah berjaya memenangi perlawanan tersebut selepas menewaskan penduduk tempatan dengan jaringan sebanyak 3 gol berbalas 2. Selain itu, bagi perlawanan bola tampar pula telah dimenangi oleh pasukan TNI-AL selepas menewaskan pasukan TLDM.
Perlawanan bola tampar sedang dijalankan
     Ternyata objektif yang disasarkan untuk merapatkan jurang perbezaan antara negara melalui sukan berjaya diwujudkan. Syabas diucapkan kepada pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...