Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 07, 2014

MULTILATERAL NAVAL EXCERCISE KOMODO 2014

Disediakan oleh: Lt Faizul TLDM

        KD MAHAWANGSA telah menyertai Multilateral Naval Eksesais KOMODO 2014 (MNEK) di Kepulauan Batam dan Anambas, Indonesia. Eksesais MNEK 14 telah dianjurkan oleh Tentera Nasional Indonesia dan telah berlangsung dari 29 Mac 14 hingga 3 Apr 14. Eksesais ini bertujuan untuk merangka pelan kontegensi dan kerjasama antara negara ASEAN berikutan keselamatan perairan di Asia Tenggara sangat penting di rantau ini. Terdapat 17 buah negara yang telah menyertai eksesais ini termasuk Amerika, Russia, India, Australia dan Jepun.  
Upacara Pembukaan di Batam
YBhg PTL turut hadir semasa Upacara Pembukaan
        Eksesais MNEK 14 telah dibahagikan kepada 3 fasa iaitu Fasa Pelabuhan, Fasa di Laut dan Fasa Bantuan Kemanusiaan. Siri latihan eksesais sepanjang di laut telah dibahagikan mengikut fasa-fasa yang ditetapkan. Selain itu, sepanjang pelayaran menuju ke kawasan eksesais (Sekitar Perairan Kepulauan Natuna) kapal telah melaksanakan beberapa siri latihan sebagai persediaan mengikuti eksesais ini. Antara aktiviti yang dilakukan semasa fasa pelabuhan ialah Upacara Pembukaan KOMODO 14, Table Talk Excercise (TTX), Carnival Parade di Bandar Batam, Sukan dan Rekreasi dan Pertandingan Masak KOMODO 14 diantara negara-negara yang terlibat. KD MAHAWANGSA telah memenangi dua acara sukan iaitu Fun Futsal di tempat ketiga dan Fun Ride
Floor Talk Exercise
Pertunjukan Karnival Parade
Karnival Parade Pancaragam Indonesia
       Selain itu juga, kebanyakan aktiviti semasa fasa laut melibatkan latihan seperti  Damage Control Excercise dan Screen Exercise (SCREENEX). Setibanya di Perairan Anambas Indonesia, lawatan dan aktiviti bantuan kemanusiaan juga dilakukan oleh Regimen Askar Jurutera Diraja ( RAJD) dan Kor Kesihatan Diraja (KKD) seperti pemeriksaan kesihatan badan dan gigi kepada penduduk di Kepulauan Anambas.
Pre Sail Brief di Batam

Upacara Penutup di Kepulauan Anambas
     Setelah selesai acara penutupan di Kepulauan Anambas, KD MAHAWANGSA belayar pulang ke Lumut. Upacara penghormatan dan ucapan selamat tinggal dilakukan semasa pelayaran oleh KRI SULTAN HASANUDDIN kepada KD MAHAWANGSA sebagai tanda persahabatan antara Indonesia dan Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...