Disediakan oleh : Lt Asyraf
Pada 11 Apr 14 bersamaan 11 Jamadilakhir 1435H, KD MAHAWANGSA telah
melaksanakan beberapa majlis dalam pada
masa yang sama iaitu Majlis Pemakaian Pangkat, Majlis Bintara dan Laskar
Terbaik bagi suku tahun pertama 2014 dan Sambutan Ulangtahun Kelahiran warga
kapal untuk bulan Januari, Februari dan Mac.
 |
LK PLM Andrew dinaikkan pangkat ke P/BM PLM |
 |
LK TMK Lim dinaikkan pangkat ke P/BM TMK |
 |
LK l TLR Fadzir dinaikkan pangkat ke LK TLR |
Majlis ini telah
dimulakan pada jam 0805H dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Bagi
majlis pemakaian pangkat, seramai 3 orang anggota kapal telah dinaikkan pangkat
mulai 1 Apr 14 iaitu LK PLM Andrew Ligat Anak Gani telah dinaikkan pangkat ke
P/BM PLM, LK TMK Lim Wah Loong telah dinaikkan pangkat ke P/BM TMK dan yang
terakhir adalah LK l TLR Mohd Fadzir bin Ab Lattif telah dinaikkan pangkat ke
LK TLR. Yang Berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee bin
Mohamad Isa TLDM telah memakaikan pangkat kepada ketiga-tiga anggota tersebut.
 |
BK PAP Kaharuddin dianugerahkan Bintara Terbaik |
 |
LK TMK Md Zin dianugerahkan Laskar Terbaik |
Majlis diteruskan pula dengan penyampaian sijil untuk Bintara dan Laskar
terbaik bagi suku tahun pertama 2014. Bintara terbaik disandang oleh BK PAP
Kaharuddin bin Muhammad. Bintara diperjawatkan sebagai Serang 1 di KD
MAHAWANGSA. Bagi laskar terbaik pula disandang oleh LK TMK Md Zin bin Ibrahim.
Anggota telah diperjawatkan sebagai staf tadbir kejuruteraan marin. Tahniah
diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan mendapat
penganugerahan daripada pihak kapal.
 |
PM KD MHW memberikan ucapan kepada warga kapal |
 |
Warga kapal bersama PM KD MHW untuk upacara memotong kek |
Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA juga memberikan sepatah dua kata dimana
beliau amat berharap agar prestasi dan komitmen anak-anak kapal dalam
menjalankan tugas sentiasa berada di tahap yang tertinggi. Majlis diteruskan
dengan acara kemuncak iaitu sambutan ulangtahun kelahiran bagi warga kapal dari
bulan Januari hingga Mac. Seramai 52 orang warga kapal meraikan hari kelahiran
mereka pada majlis kali ini. Nyanyian lagu Happy
Birthday dan Allah Selamatkan Kamu dinyanyikan sebelum upacara memotong kek
bersama Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dilakukan. Setelah selesai pemotongan
kek, hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Majlis ini
selesai pada jam 0930H.
No comments:
Post a Comment