Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 28, 2014

KD MAHAWANGSA MERIAHKAN HARI TLDM KE- 80 DI PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG, KUANTAN

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli

KD MAHAWANGSA telah meraikan Hari TLDM Ke-80 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan pada 26 dan 27 April 2014.  Walaupun kesibukan angota-angota kapal menjalani Eksesais HADR di Laem Chabang, namun itu bukanlah menjadi suatu halangan malah menjadi suatu cabaran kepada KD MAHAWANGSA untuk memastikan sambutan ini berjalan dengan lancar.

Istiadat perbarisan hari TLDM telah dilangsungkan di padang kawad Pangkalan TLDM Tanjung Gelang seawal 0735H yang telah disaksikan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato' Azhari Bin Abdul Rashid.

Istiadat perbarisan hari TLDM

Panglima Wilayah Laut 1 menyampaikan perutusan khas
dari Panglima Tentera Laut  sempena hari TLDM yang ke 80

       Pelbagai aktiviti telah dirancang dan disusun rapi oleh pihak MAWILLA 1 untuk memastikan Sambutan Hari TLDM pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya selari dengan cogan kata sempena Sambutan Hari TLDM ke-80 iaitu ‘TLDM SIAGA PERAIRAN TERPELIHARA’. KD MAHAWANGSA terlibat secara langsung dengan salah satu aktiviti yang dianjurkan iaitu lawatan ke kapal-kapal TLDM dan lawatan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 April dan 27 April 2014. Segala persiapan telah dilaksanakan oleh KD MAHAWANGSA setibanya kapal di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada 26 April 2014 yang lalu bagi memastikan rupacara kapal berada di tahap yang terbaik dan sedia untuk dilawati.


Jualan cenderahati kepada pengunjung 
yang datang melawat kapal

 Suasana pelawat di
 Geladak Penerbangan


 Para Pelawat yang hadir di KD MAHAWANGSA

Pegawai KD MAHAWANGSA yang turut terlibat
mengiringi pelawat ke sekitar kapal

Pelbagai aktiviti menarik yang lain telah dirancang dan dilaksanakan di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang ini seperti Navy Run, Program Jiwa murni, Ceramah Agama Hari TLDM, Solat jumaat dan khutbah khas sempena sambutan hari TLDM, Istiadat perbarisan hari TLDM, pameran kerjaya TLDM, kaunter bergerak JPJ dan MPK, Boat ride, lawatan ke kapal - kapal TLDM (Open Ship), persembahan kawad kaki, konvoi kelab-kelab kereta dan motosikal berkuasa tinggi, pertunjukan helikopter Super Lynx dan Fennec milik TLDM, Program derma darah, Lawatan kebajikan oleh BAKAT(L) Mawilla1 dan Pesta joran.  Tujuan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini adalah untuk menarik minat golongan muda dan pelajar sekolah menyertai kerjaya sebagai pegawai dan anggota TLDM.

                                                   Boat Ride                                                     

 Pertunjukan helicopter milik TLDM

 Persembahan kawad kaki

Sesungguhnya, walaupun kapal tidak dapat meraikan sambutan hari TLDM ke-80 di Lumut namun suasana di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang juga tidak kurang hebatnya. Semoga ulangtahun ke-80 penubuhan TLDM ini menjadi titik tolak dan pemangkin untuk TLDM terus memacu kecemerlangan seiring dengan visi dan misi TLDM untuk menjadi World Class Navy akan tercapai. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...