Disediakan oleh : Lt Asyraf
Pada 10 April 14 yang lalu, KD MAHAWANGSA telah terlibat dengan Eksesais Perang Pangkor 4/14. Selain daripada KD MAHAWANSA, terdapat kapal lain yang turut terlibat iaitu KD SELANGOR, KD MAHAMIRU dan juga KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL. Kapal telah keluar berlayar pada jam 0730H dan diteruskan dengan pelbagai latihan seperti Deck Landing Training (DLT), latihan penembakan senjata kecil, latihan menyelamatkan orang jatuh laut, latihan kebakaran dan kebanjiran, latihan laluan bebas periuk api dan lain-lain.
 |
Latihan laluan bebas periuk api |
 |
Latihan pemindahan tali balingan |
 |
Latihan manuvera taktis |
Latihan-latihan yang dibuat ini dinilai oleh Tim Latihan Penyesuaian Laut (LPL) yang turut mengikuti pelayaran ini. Secara tidak langsung, sebarang kelemahan dan kekurangan semasa latihan dijalankan dapat ditambah baik pada masa akan datang. Pendedahan latihan ini kepada warga kapal adalah penting kerana terdapat ramai warga kapal yang masih baru di kapal dan perlu membuat pelbagai latihan sebagai persediaan menjalankan operasi yang lebih besar dan mempertingkatkan kesiagaan anak-anak kapal dalam melaksanakan sebarang evolusi atau latihan. Setelah selesai, kapal berlayar pulang ke TPL dan tiba pada jam 1800H.
 |
Latihan DLT dijalankan |
 |
Latihan stesen pelampung dan demonstrasi rocket flare |
 |
Latihan menyelamatkan orang jatuh laut |
 |
Latihan Winchex DLT di KD LAKS TUN ABDUL JAMIL |
No comments:
Post a Comment