Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 28, 2014

KD MAHAWANGSA MERIAHKAN HARI TLDM KE- 80 DI PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG, KUANTAN

Disediakan oleh : Lt Dya Fadzli

KD MAHAWANGSA telah meraikan Hari TLDM Ke-80 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan pada 26 dan 27 April 2014.  Walaupun kesibukan angota-angota kapal menjalani Eksesais HADR di Laem Chabang, namun itu bukanlah menjadi suatu halangan malah menjadi suatu cabaran kepada KD MAHAWANGSA untuk memastikan sambutan ini berjalan dengan lancar.

Istiadat perbarisan hari TLDM telah dilangsungkan di padang kawad Pangkalan TLDM Tanjung Gelang seawal 0735H yang telah disaksikan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato' Azhari Bin Abdul Rashid.

Istiadat perbarisan hari TLDM

Panglima Wilayah Laut 1 menyampaikan perutusan khas
dari Panglima Tentera Laut  sempena hari TLDM yang ke 80

       Pelbagai aktiviti telah dirancang dan disusun rapi oleh pihak MAWILLA 1 untuk memastikan Sambutan Hari TLDM pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya selari dengan cogan kata sempena Sambutan Hari TLDM ke-80 iaitu ‘TLDM SIAGA PERAIRAN TERPELIHARA’. KD MAHAWANGSA terlibat secara langsung dengan salah satu aktiviti yang dianjurkan iaitu lawatan ke kapal-kapal TLDM dan lawatan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 April dan 27 April 2014. Segala persiapan telah dilaksanakan oleh KD MAHAWANGSA setibanya kapal di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada 26 April 2014 yang lalu bagi memastikan rupacara kapal berada di tahap yang terbaik dan sedia untuk dilawati.


Jualan cenderahati kepada pengunjung 
yang datang melawat kapal

 Suasana pelawat di
 Geladak Penerbangan


 Para Pelawat yang hadir di KD MAHAWANGSA

Pegawai KD MAHAWANGSA yang turut terlibat
mengiringi pelawat ke sekitar kapal

Pelbagai aktiviti menarik yang lain telah dirancang dan dilaksanakan di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang ini seperti Navy Run, Program Jiwa murni, Ceramah Agama Hari TLDM, Solat jumaat dan khutbah khas sempena sambutan hari TLDM, Istiadat perbarisan hari TLDM, pameran kerjaya TLDM, kaunter bergerak JPJ dan MPK, Boat ride, lawatan ke kapal - kapal TLDM (Open Ship), persembahan kawad kaki, konvoi kelab-kelab kereta dan motosikal berkuasa tinggi, pertunjukan helikopter Super Lynx dan Fennec milik TLDM, Program derma darah, Lawatan kebajikan oleh BAKAT(L) Mawilla1 dan Pesta joran.  Tujuan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini adalah untuk menarik minat golongan muda dan pelajar sekolah menyertai kerjaya sebagai pegawai dan anggota TLDM.

                                                   Boat Ride                                                     

 Pertunjukan helicopter milik TLDM

 Persembahan kawad kaki

Sesungguhnya, walaupun kapal tidak dapat meraikan sambutan hari TLDM ke-80 di Lumut namun suasana di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang juga tidak kurang hebatnya. Semoga ulangtahun ke-80 penubuhan TLDM ini menjadi titik tolak dan pemangkin untuk TLDM terus memacu kecemerlangan seiring dengan visi dan misi TLDM untuk menjadi World Class Navy akan tercapai. 




Friday, April 11, 2014

Majlis Pemakaian Pangkat, Bintara dan Laskar Terbaik dan Sambutan Ulangtahun Kelahiran Warga KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Asyraf
    Pada 11 Apr 14 bersamaan 11 Jamadilakhir 1435H, KD MAHAWANGSA telah melaksanakan  beberapa majlis dalam pada masa yang sama iaitu Majlis Pemakaian Pangkat, Majlis Bintara dan Laskar Terbaik bagi suku tahun pertama 2014 dan Sambutan Ulangtahun Kelahiran warga kapal untuk bulan Januari, Februari dan Mac.
LK PLM Andrew dinaikkan pangkat ke P/BM PLM
LK TMK Lim dinaikkan pangkat ke P/BM TMK
LK l TLR Fadzir dinaikkan pangkat ke LK TLR
       Majlis ini telah dimulakan pada jam 0805H dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Bagi majlis pemakaian pangkat, seramai 3 orang anggota kapal telah dinaikkan pangkat mulai 1 Apr 14 iaitu LK PLM Andrew Ligat Anak Gani telah dinaikkan pangkat ke P/BM PLM, LK TMK Lim Wah Loong telah dinaikkan pangkat ke P/BM TMK dan yang terakhir adalah LK l TLR Mohd Fadzir bin Ab Lattif telah dinaikkan pangkat ke LK TLR. Yang Berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM telah memakaikan pangkat kepada ketiga-tiga anggota tersebut.
BK PAP Kaharuddin dianugerahkan Bintara Terbaik
LK TMK Md Zin dianugerahkan Laskar Terbaik

       Majlis diteruskan pula dengan penyampaian sijil untuk Bintara dan Laskar terbaik bagi suku tahun pertama 2014. Bintara terbaik disandang oleh BK PAP Kaharuddin bin Muhammad. Bintara diperjawatkan sebagai Serang 1 di KD MAHAWANGSA. Bagi laskar terbaik pula disandang oleh LK TMK Md Zin bin Ibrahim. Anggota telah diperjawatkan sebagai staf tadbir kejuruteraan marin. Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan mendapat penganugerahan daripada pihak kapal.
PM KD MHW memberikan ucapan kepada warga kapal
Warga kapal bersama PM KD MHW untuk upacara memotong kek
       Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA juga memberikan sepatah dua kata dimana beliau amat berharap agar prestasi dan komitmen anak-anak kapal dalam menjalankan tugas sentiasa berada di tahap yang tertinggi. Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu sambutan ulangtahun kelahiran bagi warga kapal dari bulan Januari hingga Mac. Seramai 52 orang warga kapal meraikan hari kelahiran mereka pada majlis kali ini. Nyanyian lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu dinyanyikan sebelum upacara memotong kek bersama Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dilakukan. Setelah selesai pemotongan kek, hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Majlis ini selesai pada jam 0930H.









Eksesais Perang Pangkor 4/14

Disediakan oleh : Lt Asyraf
       Pada 10 April 14 yang lalu, KD MAHAWANGSA telah terlibat dengan Eksesais Perang Pangkor 4/14. Selain daripada KD MAHAWANSA, terdapat kapal lain yang turut terlibat iaitu KD SELANGOR, KD MAHAMIRU dan juga KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL. Kapal telah keluar berlayar pada jam 0730H dan diteruskan dengan pelbagai latihan seperti Deck Landing Training (DLT), latihan penembakan senjata kecil, latihan menyelamatkan orang jatuh laut, latihan kebakaran dan kebanjiran, latihan laluan bebas periuk api dan lain-lain.
Latihan laluan bebas periuk api
Latihan pemindahan tali balingan
Latihan manuvera taktis
      Latihan-latihan yang dibuat ini dinilai oleh Tim Latihan Penyesuaian Laut (LPL) yang turut mengikuti pelayaran ini. Secara tidak langsung, sebarang kelemahan dan kekurangan semasa latihan dijalankan dapat ditambah baik pada masa akan datang. Pendedahan latihan ini kepada warga kapal adalah penting kerana terdapat ramai warga kapal yang masih baru di kapal dan perlu membuat pelbagai latihan sebagai persediaan menjalankan operasi yang lebih besar dan mempertingkatkan kesiagaan anak-anak kapal dalam melaksanakan sebarang evolusi atau latihan. Setelah selesai, kapal berlayar pulang ke TPL dan tiba pada jam 1800H.
Latihan DLT dijalankan
Latihan stesen pelampung dan demonstrasi rocket flare
Latihan menyelamatkan orang jatuh laut
Latihan Winchex DLT di KD LAKS TUN ABDUL JAMIL



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...