Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, March 05, 2014

PROJEK JIWA MURNI DAN SUKAN KD MAHAWANGSA DI TELUK BATIK

Disediakan oleh: Lt M Fadhil TLDM

      Tanggal 5 Mac 2014, menjadi satu detik yang bersejarah kepada KD MAHAWANGSA apabila projek jiwa murni dan sukan telah dilaksanakan di Teluk Batik, Lumut. Teluk Batik adalah salah satu tempat perlancongan yang terkenal di sekitar Perak. Jesteru itu, untuk mengekalkan status Teluk Batik ini sebagai salah satu tempat perlancongan yang terkenal, KD MAHAWANGSA telah mengambil peluang dan inisiatif untuk menyumbangkan keringat untuk berbakti kepada negara dengan membersihkan sekitar kawasan Teluk Batik.
Taklimat dan pembahagian tugas dilakukan

       Aktiviti ini dilaksanakan bermula jam 1430H dengan lawatan ke sekitar kawasan Teluk Batik untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dilakukan pembersihan oleh warga KD MAHAWANGSA. Apabila semua tempat sudah dikenal pasti, Lt Syaiful Akbar bin Sahroni TLDM sebagai Ketua Pegawai Peperangan KD MAHAWANGSA telah memberikan taklimat ringkas tentang aktiviti-aktiviti pada petang tersebut dan membuat pembahagian sektor-sektor untuk melakukan pembersihan.
Terdapat banyak sampah yang telah lama dibiarkan
Anak-anak kapal sedang mengutip sampah

       Projek jiwa murni sememangnya sinonim dengan warga TLDM dan ini adalah salah satu konsep untuk mengeratkan silaturrahim di antara warga TLDM dengan pengunjung-pengunjung di Teluk Batik ini. Dengan adanya program jiwa murni ini telah memberikan satu impak yang besar kepada pengunjung-pengunjung untuk datang melakukan aktiviti riadah di sekitar kawasan Teluk Batik ini.
Terdapat banyak sampah telah dibersihkan oleh warga kapal
        Setelah selesai pemeriksaan kawasan oleh Lt Syaiful Akbar bin Sahroni TLDM, warga KD MAHAWANGSA telah melakukan aktiviti-aktiviti sukan iaitu sepak takraw dan bola tampar. Sukan adalah salah satu inisiatif dan menjadi pemangkin kepada warga KD MAHAWANGSA untuk terus mengekalkan fitness dan kredibiliti sebagai warga TDLM yang disenangi dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.  
Kawasan Teluk Batik selepas dibersihkan
        Program-program ini telah disambut baik oleh warga KD MAHAWANGSA dalam menjaga nama baik Malaysia sebagai salah satu tempat perlancongan yang disenangi dan tempat beriadah yang kondusif kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Teluk Batik ini. Aktiviti ini berakhir pada jam 1615H.



 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...