Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, March 06, 2014

LAWATAN 5S KE KD TERENGGANU

Disediakan oleh: Lt M Fadzli TLDM

KD TERENGGANU di jeti minyak
    Amalan 5S merupakan kaedah pengurusan yang telah dipelopori untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja terutamanya kapal-kapal TLDM yang bersih,kemas, tersusun dan selamat. KD Terengganu telah mengaplikasikan konsep tersebut dan terpilih menjadi salah satu kapal yang terbersih pada tahun 2012 dan 2013.
Pegawai dan anggota KD MHW sedang berkumpul untuk taklimat 5S
        Konsep yang berteraskan 5S tersebut sangat perlu dicontohi oleh kapal-kapal TLDM yang lain untuk mencapai tahap  World Class Navy’  supaya selari dengan visi dan misi TLDM. Justeru itu, KD MAHAWANGSA telah menghantar  16 orang pegawai dan 23 orang anggota kapal untuk lawatan ke KD TERENGGANU pada 6 Mac 2014 untuk melihat cara aplikasi konsep 5S tersebut. Lawatan in telah bermula pada jam 0915H.  
Pegawai 5S KD TERENGGANU sedang memberikan taklimat 5S
      Secara amnya, konsep yang diterapkan di KD TERENGGANU dapat membina pembaikan secara berterusan di dalam peningkatan kualiti organisasi di kapal. Selain itu, disiplin dan motivasi anggota juga dapat ditingkatkan. Menurut salah seorang pegawai KD TERENGGANU, Lt Syafiq Zorkifli TLDM, beliau menyatakan amalan 5S yang diterapkan di kapalnya telah mewujudkan piawaian kerja yang jelas dan dapat mengurangkan kos disamping tempat kerja yang kemas.
Warga KD MHW turut melawat di anjungan KD TERENGGANU 
     Salah satu kaedah yang digunakan oleh KD TERENGGANU ialah kaedah tagging. Kaedah tersebut sangat membantu krew kapal tersebut membuat kerja dengan pantas dan cekap. Alatan eksekutif seperti kamera dan alat perakam diasingkan daripada peralatan biasa. Dokumen dan barang yang selalu digunakan diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Untuk menambahkan tahap keselamatan, tatacara dan cara penggunaan alatan tersebut dilabelkan bersebelahan supaya mudah dibaca.
Kaedah Tagging dilaksanakan di semua pejabat di kapal
Contoh tagging yang dilaksanakan oleh KD TERENGGANU
     Pelbagai kaedah yang digunakan di KD TERENGGANU dapat memudahkan tugasan harian sewaktu bekerja dan patut dicontohi oleh kapal-kapal TLDM yang lain. Proses senggaraan juga dapat diselesaikan dengan mudah dan efisyen. Untuk mengekalkan konsep ini, audit dalaman perlu dilakukan secara berkala. Program kesedaran tentang kepentingan 5S pelu dilakukan selalu supaya konsep ini dapat diterapkan oleh kapal-kapal TLDM yang lain. Lawatan ini telah berakhir pada 1030H.
Tanda peringatan diletakkan pada setiap soket
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...