Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, February 12, 2014

PROJEK JIWA MURNI KD MAHAWANGSA DI BUKIT ENGKU BUSU

Disediakan oleh : Lt Asyraf TLDM

        Tanggal 12 Feb 14 menjadi detik bermakna buat warga KD MAHAWANGSA apabila satu projek jiwa murni telah dilaksanakan di Bukit Engku Busu, Lumut. Aktiviti ini telah dilaksanakan bermula jam 1430H dengan taklimat ringkas daripada Ketua Pegawai Peperangan, Lt Syaiful Akbar bin Sahroni TLDM.
Taklimat dan pengagihan tugas-tugas
Kerja-kerja pembersihan di kaki bukit sedang dilakukan
          Projek jiwa murni sememangnya sinonim dengan warga TLDM dan ini adalah bertepatan dengan konsep transformasi ‘merapatkan rakyat dengan TLDM’ seperti mana yang telah disarankan oleh Pegawai Kanan Armada di dalam ucapannya pada Perbarisan Pegawai Kanan baru-baru ini. Dengan terlaksananya program-program seperti ini, sudah tentu dapat menarik lebih ramai pengunjung di Buit Engku Busu ini kerana persekitarannya yang bersih dan sesuai untuk melakukan aktiviti riadah.
Kerja-kerja mengutip sampah diteruskan sambil mula mendaki
Laluan mendaki kelihatan bersih selepas sampah dikutip
Warga KD MHW sentiasa bersemangat dalam melaksanakan aktiviti
        Program ini telah disambut baik oleh warga KD MAHAWANGSA dalam usaha untuk membersihkan kawasan persekitaran terutamanya tempat-tempat yang menjadi tumpuan buat penduduk di sekitar Lumut dan Manjung. Aktiviti ini telah berakhir pada jam 1615H.
Kerja-kerja pembersihan diteruskan sehingga ke puncak




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...