Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, February 06, 2014

PERBARISAN PEGAWAI KANAN ARMADA 2014


Disediakan oleh: Lt Wan Hanafi TLDM

        Pada 6 Feb 14 telah berlangsungnya perbarisan Pegawai Kanan Armada (PKA) sempena perlantikan PKA yang baru iaitu Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee Bin Mohamad Isa TLDM. Perbarisan yang dikoordinasikan oleh KD MAHAWANGSA ini terdiri dari enam platun iaitu satu platun pegawai, dua platun bintara dan tiga platun laskar kanan dan kebawah. Latihan kawad telah dilakukan di padang kawad pangkalan selama 3 hari bermula dari 3 hingga 5 Feb 14. Latihan ini telah dikendalikan oleh Bintara Kanan (GI) Megat Atan bin Megat Soh dan dibantu oleh jurulatih persenjataan dari kapal lain.
Perbarisan masuk padang
       Acara perbarisan bermula seawal jam 0730H dimana semua platun mengambil kedudukan untuk masuk ke padang kawad. Perbarisan diteruskan dengan menunggu panji-panji dikibarkan sebelum ketibaan PKA pada jam 0810H. Perbarisan ini telah diiringi oleh pancaragam dari KD PELANDOK.
PKA memberikan tabik hormat
        Ketibaan PKA telah disambut oleh Pegawai Memerintah kapal diikuti dengan tabik hormat. Seterusnya Pegawai Perbarisan melapor untuk pemeriksaan pakaian bagi setiap platun. Setiap platun kelihatan segak dan kemas semasa pemeriksaan dilaksanakan. Selesai pemeriksaan, acara diteruskan dengan berjalan lalu dan tabik hormat kepada PKA.
Pemeriksaan platun pegawai
Pemeriksaan platun laskar kanan ke bawah
         Selesai berjalan lalu, PKA meneruskan acara dengan menyampaikan perutusan ulung beliau. Sebagai PKA yang baru, beliau berhasrat untuk meneruskan legasi dan kepimpinan PKA terdahulu dan akan berusaha gigih untuk meletakkan Armada sentiasa menjadi yang terbaik dalam TLDM.
Perutusan Ulung PKA
             PKA mengakhiri perutusannya dengan menyeru kepada semua warga Armada supaya berganding bahu serta bekerjasama dalam membantu beliau untuk meneruskan kecemerlangan Armada. Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa serta sesi bergambar oleh PKA bersama seluruh warga Armada. Selesai sesi bergambar, hadirin telah menjamu selera dengan jamuan yang disediakan. Majlis telah berakhir pada jam 0945H.
Bacaan doa
PKA bersama warga Armada

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...