Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, February 08, 2014

Majlis Perkahwinan LK KOM MALEK

Disediakan oleh : Lt Shafie TLDM

        Pada tanggal 8 Feb 13 telah menjadi satu tarikh yang cukup bahagia buat seorang warga KD MAHAWANGSA kerana bakal diijabkabul bersama pasangan pilihan hatinya bak kata pepatah “bagai pinang dibelah dua”. LK KOM Abdul Malek Bin Saad bersama pilihan hatinya iaitu Aminah Binti Mohamed Yusof telah sah bergelar sebagai suami isteri pada tarikh ini.
Ketibaan Rombongan Pengantin Lelaki
Kehadiran PM dan anggota kapal memeriahkan lagi majlis
       Teratak yang terletak di Kampung Raja,Dalam daerah Parit menjadi saksi majlis ini berlangsung. Telah menjadi tradisi KD MAHAWANGSA apabila diadakan majlis perkahwinan anggota kapal pastinya, warga kapal tidak ketinggalan untuk hadir sama bagi memeriahkan majlis beliau. Kami warga KD MAHAWANGSA telah berkumpul seawal pagi untuk bergerak secara konvoi daripada Lumut menuju ke Parit. Yang menjadi detik paling manis, Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM sendiri turut sama menyertai konvoi menuju ke rumah pengantin. Kami cukup teruja dengan kehadiran Pegawai Memerintah dan seterusnya memeriahkan lagi majlis perkahwinan pasangan mempelai ini.
Pasangan pengantin sedang santap beradap
          Ketibaan kami di rumah pengantin perempuan disambut dengan penuh kemeriahan oleh keluarga pasangan lelaki dan juga perempuan. Pasangan ini mengenakan pakaian pengantin yang bertemakan “pink& turquoise” menyemarakkan lagi suasana majlis perkahwinan ini. Dengan hidangan yang dihidangkan begitu membuka selera, kami berasa amat gembira dan teruja untuk turut sama memeriahkan majlis ini. Semasa santapan beradap, Pegawai Memerintah turut memberikan sedikit kata-kata nasihat dalam mengekalkan keharmonian kepada kedua-dua pasangan ini dalam menempuhi alam rumahtangga.
PM dan warga KD MHW bergambar bersama pasangan pengantin



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...