Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, February 11, 2014

MAJLIS MALAM MESRA ORANG BESAR JAJAHAN (OBJ) MANJUNG

Disediakan oleh: Lt Faizul TLDM
        Majlis Malam Mesra Orang Besar Jajahan Manjung, Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hasan telah diadakan pada 10 Feb 14 di kediaman rasmi beliau, Jalan Sultan Idris Shah, Lumut.
YDH. Dato' OBJ menyampaikan ucapan alu-aluan

        Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan beliau termasuklah pegawai-pegawai kanan daripada TLDM. Antara tetamu yang hadir adalah Yang Dipertua Jema’ah Jaksa Pendamai Negeri Perak Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Yeop Junior dan tetamu daripada TLDM adalah Panglima Pemerintahan Armada, Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid, Panglima Markas Selam dan Periuk Api, Laksamana Dato’ Pahlawan Sulaiman bin Mohamad dan Panglima Material TLDM Laksamana Muhd Sakaff bin A. Manaf. 
YDP Jema’ah Jaksa Pendamai Negeri Perak YAB Dato’ Seri Yeop Junior


Dif-dif jemputan sedang menjamu selera
Majlis ini antara lain adalah bagi mengeratkan hubungan antara Orang Besar Jajahan dengan institusi-institusi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan di sekitar kawasan Manjung. Keadaan ini adalah bertepatan dengan konsep transformasi ‘merapatkan rakyat dengan TLDM’ seperti mana yang telah disarankan oleh Pegawai Kanan Armada di dalam ucapannya pada Perbarisan Pegawai Kanan baru-baru ini.
Sesi berkaraoke juga turut diadakan
         Majlis telah diserikan dengan persembahan Kumpulan Gelombang Biru daripada TLDM. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada Dato’ OBJ sendiri serta dif-dif jemputan yang lain. Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar sekitar jam 2300H.
Sesi bergambar bersama Dato' OBJ
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...