Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, February 12, 2014

LAWATAN BADSA KE KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Faizul TLDM
         Pada 12 Feb 14 bersamaan 12 Rabiulakhir 1435H, KD MAHAWANGSA telah menerima kunjungan daripada Bahagian Audit Dalaman dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan. Kunjungan ini telah diketuai oleh Dato’ Haji Mohd Shukri bin Che Hassan selaku Setiausaha BADSA KEMENTAH.
Ketibaan Dato' Haji Mohd Shukri bersama tim BADSA
Dato' Haji Mohd Shukri menandatangani buku pelawat KD MHW
         Kunjungan daripada tim BADSA yang terdiri daripada 10 orang telah disambut oleh Pegawai Laksana, Kdr George a/l Paul Thomas Rozario TLDM. Pegawai Laksana telah membawa tim BADSA melakukan lawatan di kapal, daripada Geladak Kereta Kebal sehingga ke Anjungan.
Lawatan di geladak haluan
Pegawai Navigasi memberikan taklimat di anjungan
Tim BADSA bergambar bersama Pegawai Laksana di geladak kereta kebal
          Kunjungan ini telah membuka mata tim BADSA memandangkan kebanyakan daripada mereka mendapat pengalaman pertama menaiki kapal daripada Armada TLDM. Mereka juga kagum dengan kesiagaan KD MAHAWANGSA yang telah berusia 30 tahun malah turut dipersijilkan dengan ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007 serta Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
Para tetamu sedang menjamu selera di Wisma Perwira
Pegawai Laksana menyampaikan cenderahati kepada Dato' Haji Mohd Shukri

 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...