Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, February 07, 2014

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH KE KEDIAMAN RASMI DAN PEJABAT ORANG BESAR JAJAHAN (OBJ) MANJUNG

Disediakan oleh : Lt Faizul TLDM

       Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM selaku Pegawai Kanan Armada (PKA) yang baru telah membuat kunjungan hormat ke atas Orang Besar Jajahan (OBJ) Manjung, Y.D.H. Kept (Kehormat) Toh Muda Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hasan PSSTLDM di pejabatnya pada 7 Feb 14.
Sesi pertukaran pandangan bersama YDH. Dato' OBJ
Sesi melawat pejabat YDH. Dato' OBJ
     Kunjungan hormat ini adalah bersempena pengambilalihan jawatan sebagai Pegawai Kanan Armada pada tanggal 8 Jan yang lepas. Ketibaan beliau diiringi Pegawai Memerintah KD HANG TUAH, Kdr Ahmad Rashidi bin Othman TLDM telah disambut oleh Y.D.H. Dato’ OBJ.
PKA menyampaikan cenderahati ke YDH. Dato' OBJ
PKA menandatangani buku pelawat
        Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan silaturrahim disamping mencapai inisiatif National Blue Ocean Strategy 8 (NBOS) bersama masyarakat awam. Sesi ramah mesra disamping perbincangan isu-isu penglibatan sukan serta sosial oleh warga Armada khususnya dan TLDM amnya turut diutarakan. Majlis menandatangani buku lawatan turut diadakan sebelum menikmati jamuan minum pagi di bilik tetamu. Kunjungan hormat diakhiri dengan sesi bergambar sekitar jam 1000H. 
Jamuan minum pagi bersama YDH. Dato' OBJ
Sesi bergambar bersama YDH. Dato' OBJ



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...