Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, February 10, 2014

KEJOHANAN BADMINTON ARMADA 2014

Disediakan oleh: Lt Wan Hanafi TLDM


      Kehangatan tahun baru 2014 yang baru sahaja memasuki hari ke 10 di teruskan lagi dengan Kejohanan Badminton peringkat Armada 2014.  Kejohanan yang penuh meriah ini telah diadakan di Kompleks Sukan Tertutup Tentera Laut Diraja Malaysia dan telah dimulakan seawal jam 7.30 pagi.  Penganjur Kejohanan ini iaitu KD Laksamana Tun Abdul Jamil telah menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk persiapan kepada warga Armada bagi menghadapi Kejohanan Mini Olimpik (KMO) yang akan berlangsung pada bulan Mac 2014.  Kejohanan dilangsungkan menggunakan konsep beregu dan perseorangan dan dimainkan dalam bentuk peringkat kalah mati.
Pemain dari KD MHW sedang beraksi
Warga KD MHW turut hadir memberikan sokongan
      Kejohanan pada tahun ini dilihat begitu mendapat sokongan dari warga semua warga kapal dimana permintaan untuk menyertai pertandingan ini melebihi jumlah yang ditetapkan, namun atas faktor masa yang singkat pihak penganjur terpaksa menghadkan jumlah penyertaan.  Warga tidak melepaskan peluang untuk mencari pasangan dan menyertai kejohanan ini  Perlawanan antara beregu ini berlangsung dengan sengit dimana warga masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam dan memerah keringat bagi menjadi jagoan di peringkat Armada.  Terpancar wajah-wajah dari warga kapal yang mampu membawa cabaran bagi mewakili Markas Pemerintahan Armada dalam acara badminton dalam KMO nanti.

Pemain KD MHW menerima pingat
Tahniah KD MHW kerana berjaya merangkul gelaran juara

         Setelah berpenat lelah dan menempuh perlawanan. Akhirnya KD MAHAWANGSA dan KD JEBAT telah berjaya menempatkn diri di peringkat akhir. Perlawanan sengit antara kedua-dua kapal akhirnya menyaksikan KD MAHAWANGSA berjaya menewaskan KD JEBAT dengan kemenangan bersih 5-0 untuk beregu dan perseorangan. Hadiah untuk juara pertandingan telah disampaikan oleh Pegawai Kanan Armada (PKA) Kepten Roslee bin Mohamad Isa TLDM. Seseungguhnya kejohanan ini merupakan satu permulaan kepada Armada untuk membuktikan bahawa Armada mampu bersaing dalam KMO bersama pasukan yang lain.
PKA memberikan sepatah dua kata



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...