Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, February 24, 2014

TAHLIL ARMADA OLEH KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh: Lt Wan Hanafi TLDM

      Pada 26 Feb 14, KD MAHAWANGSA telah menganjurkan tazkirah dan tahlil di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM Lumut. Majlis ini telah dihadiri oleh warga Armada dan juga warga pangkalan. Tazkirah ini telah disampaikan  oleh Lans Koperal Hairul bin Hamdan. Topik yang dibincangkan adalah kelebihan solat berjemaah.
Warga Armada yang hadir di Masjid An-Nur
Tazkirah yang disampaikan memberi kesedaran kepada para jemaah 
       Majlis seperti ini memberikan banyak manfaat kepada setiap individu yang hadir. Secara tidak langsung dapat membuka hati warga TLDM untuk solat berjemaah di masjid. Diharapkan majlis seperti ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang. 
Tahlil juga diadakan selepas tazkirah selesai

Sunday, February 23, 2014

Majlis Makan Tengahari Sempena Reunion Intake Ke-19

Disediakan oleh: Lt Asyraf Hamizan TLDM


        Pada 23 Feb 14 bersamaan 23 Rabiulakhir 1435, telah berlangsungnya suatu majlis yang diadakan khas di KD MAHAWANGSA. Majlis makan tengahari sempena reunion intake ke-19 telah diadakan di geladak kereta kebal KD MAHAWANGSA pada jam 1300H. Majlis ini meupakan satu majlis yang julung-julung kali diadakan di KD MAHAWANGSA.
PM KD MHW menyambut ketibaan para tetamu
Para tetamu sedang menjamu selera

        Antara panglima-panglima daripada intake ke-19 yang masih lagi dalam perkhidmatan TLDM dan hadir ke majlis ini adalah Laksma Dato’ Pahlawan Sulaiman bin Mohamad, Laksma Dato’ Wan Othman bin Wan Abd Rahman dan Laksma Ahmad bin Abdullah. Ahli keluarga jemputan juga turut hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis pada tengahari tersebut. Sesi bergambar telah diadakan di geladak kereta kebal KD MAHAWANGSA sebagai acara permulaan sebelum jamuan dimulakan. Majlis ini juga turut dihiburkan oleh Unpublish Band yang dijemput khas daripada KD JEBAT. Para tetamu menikmati jamuan tengahari yang disediakan sambil dihiburkan oleh band jemputan.
Kaum keluarga jemputan juga menikmati hidangan yang disediakan

Unpublish Band menghiburkan para jemputan

Kept (B) Mohd Halim bin Hj. Maulud memberi sepatah dua kata
       Majlis ini diteruskan dengan ucapan daripada wakil intake ke-19 iaitu Kept (B) Mohd Halim bin Hj. Maulud. Seterusnya, beliau menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan sempena majlis makan tengahari yang gilang-gemilang ini. Majlis ini telah selesai pada jam 1430H.
PM KD MHW menandatangani pada banner Intake ke-19
Penyampaian cenderahati kepada PM KD MHW
Sesi bergambar


 



Friday, February 14, 2014

MESYUARAT KALI KEDUA SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU (SPB) SKUADRON MPCSS KE-31 DI GELADAK KERETA KEBAL KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh: Lt Faizul TLDM

     KD MAHAWANGSA selaku Pegawai Kanan Skuadron MPCSS Ke-31 telah menganjurkan Mesyuarat Kali Kedua SPB di Geladak Kereta Kebal pada 13 Feb 14. Mesyuarat yang bermula pada jam 1400H ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Penyelaras SPB dan Para Pemegang Prosedur daripada KD MAHAWANGSA dan KD SRI INDERA SAKTI.  
Perbincangan telah bermula
       Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan semua teguran pada Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007 yang lepas telah dipatuhi dan dilaksanakan. Mesyuarat ini juga antara lain sebagai persediaan menghadapi Audit Pematuhan yang dijangka pelaksanaannya pada 4 dan 5 Dis 14. Komitmen dan kerjasama yang tinggi telah dipamerkan oleh anggota-anggota yang terlibat. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada 1600H.
Para pemegang prosedur turut hadir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...