Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, January 29, 2014

PELAYARAN BERSAMA PALAPES (LAUT)

Disediakan oleh : Lt Faizul Fikry TLDM

         Kapal telah terlibat dengan Pelayaran PALAPES (L) pada 28 Jan 14 anjuran KD SULTAN IDRIS I. Seramai 179 orang pelatih dan 12 orang pegawai pengiring telah mengikuti pelayaran ini. Beberapa siri ceramah dan latihan telah dijadualkan sepanjang pelayaran.
Latihan Laluan Bebas Periuk Api
         Ceramah dan latihan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelatih tentang rutin kapal semasa pelayaran disamping melatih warga kapal dan memastikan tahap kesiagaan warga kapal sentiasa berada di tahap tertinggi dan segala latihan yang dirancang berpandukan masa yang telah ditetapkan dalam Fleet Operational Standard (FOS). Selain itu, latihan juga telah dijalankan dengan mematuhi prosedur MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007 yang ditetapkan seperti mengambil kehadiran, menentukan keselamatan dan sebagainya sesuai dengan pensijilan semula yang telah diperoleh kapal pada Dis 13 yang lepas.
Latihan Stesen Pelampung turut dilaksanakan
Deck Landing Training (DLT)
       Antara latihan yang telah dilaksanakan adalah Panduarah Terang dan Gelap, Laluan Bebas Periuk Api, Latihan Kebakaran, Stesen Pelampung, Deck Landing Training (DLT), Evolusi Menurun dan Menaikkan Bot, Ceramah Evolusi Menunda Belakang, Ceramah Evolusi Jackstay serta Special Sea Dutyman (SSD) Keluar dan Masuk Pelabuhan. Latihan-latihan ini sedikit sebanyak akan memberi pendedahan kepada pelatih tentang situasi dan rutin sebenar yang dilaksanakan oleh warga TLDM dalam memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab kepada perkhidmatan sesuai dengan visi ke arah Tentera Laut Bertaraf Dunia.
Latihan Mengawal Kebanjiran di Tiller Flat
PM KD MAHAWANGSA bersama pegawai dan pelatih PALAPES

Thursday, January 09, 2014

Senamrobik Armada Pertama Bagi Tahun 2014

Disediakan oleh : Lt Akeem TLDM
       Pada 9 Jan 14 bersamaan 8 Rabiulawal1435, satu lagi senamrobik armada telah dilakukan di Stadium Pangkalan TLDM Lumut yang bermula pada jam 0730H. Senamrobik anjuran KD JEBAT ini telah dihadiri oleh Pegawai Kanan Armada yang baru iaitu Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Roslee bin Mohamad Isa TLDM. Beliau telah hadir bersama beberapa pegawai memerintah yang lain supaya sama-sama dapat memeriahkan lagi senamrobik tersebut.
Warga armada yang hadir untuk senamrobik

        Dengan diiringi lagu-lagu yang rancak dan menghiburkan, warga armada yang hadir dapat membuat pergerakan dengan cergas dan bertenaga. Setelah selama 40 minit membuat pelbagai pergerakan, senamrobik pada kali ini diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Kanan Armada buat pertama kalinya kepada warga armada. Beliau mengharapkan agar seluruh warga armada akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada pentadbiran serta pucuk pimpinan yang baru.
Pegawai Memerintah kapal juga turut hadir untuk senamrobik
Pelbagai gerakan yang menarik dan bertenaga
     Selain itu, aktiviti seperti ini haruslah diadakan dengan lebih kerap supaya dapat menguatkan silaturahim di kalangan warga armada di Pangkalan TLDM Lumut.

 
Pegawai Kanan Armada memberikan sepatah dua kata
Warga armada bersama Pegawai Kanan Armada


Tuesday, January 07, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM JABATAN NAVIGASI

Disediakan oleh : Lt Hasbullah TLDM


        Pada 6 Jan 14 yang lalu, Jabatan Navigasi Kd Mahawangsa telah menganjurkan majlis makan malam jabatan. Majlis ini adalah bersempena meraikan perpisahan penyelia pusat informasi tempur BK JTP Joanis ak Dana yang akan bertukar keluar ke KD RAJAWALI dan kenaikan pangkat LK JTP Jamaruddin bin Nabek.
Jabatan Navigasi KD MHW
       Majlis ini telah diadakan di Restoran Selera Timur, Manjung. Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Navigasi Lt Kdr Hazreil Feiza Bin Talib TLDM dan seterusnya orang yang diraikan. Majlis yang bermula pada jam 2030H berakhir pada 2200H.
Penyampaian cenderahati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...