Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, December 23, 2013

Lawatan Operasi ke Belawan, Indonesia

Disediakan oleh: Lt Wan Hanafie TLDM
          Pada 19 Dis 2013 KD MAHAWANGSA telah melakukan pelayaran ke belawan, Indonesia dengan membawa 196 atlet termasuk pihak pengurusan sukan TLDM sempena kejayaan atlet TLDM mengekalkan kejuaraan sukan antara perkhidmatan bagi tahun 2013. Pelayaran selama tiga hari ke Belawan adalah sebagai ganjaran daripada pihak pengurusan tertinggi TLDM kepada atlet dan pihak pengurusan sukan di atas kesungguhan dan kerja keras yang dipamerkan sehingga TLDM berjaya mengekalkan kejuaraan secara berturut-turut bagi tahun 2013.
Atlet-atlet melapor di KD MAHAWANGSA
Atlet juga diberikan jaket keselamatan sebelum berlayar
Taklimat keselamatan dan tatacara pemakaian jaket keselamatan
        Kapal telah selamat merapat di jeti awam Gudang Merah, Belawan pada 20  Dis 2013 jam 0830H dan telah di sambut oleh Kedutaan Tentera Indonesia dan mengalu-alukan kepada seluruh warga kapal ke Belawan.  Taklimat keselamatan mengenai tatacara dan peraturan yang diamalkan di Indonesia juga diberikan oleh pegawai keselamatan kapal kepada semua warga kapal dan atlet sebelum mereka berkelepasan bagi membolehkan mereka tahu untuk menghubungi pihak kapal apabila berlaku sebarang kesulitan semasa berkelepasan.
Para penumpang dibariskan untuk menyemak rakit keselamatan
Hidangan untuk para atlet disediakan

         Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Indonesia selama tiga hari berada di sana.Namun begitu, Belawan tidak banyak tempat yang menarik kerana suasana di Belawan seperti kawasan kampung. Oleh yang demikian, tempat utama untuk warga kapal berkelepasan adalah di Medan di mana mengambil masa perjalanan hampir sejam dari Belawan. Medan lebih menarik dan banyak barang dapat diperolehi disana.
KD MAHAWANGSA tiba di Belawan
        Sesungguhnya lawatan ke Belawan dapat memberi pengalaman yang berguna kepada seluruh warga yang mengikuti pelayaran tersebut yang rata-rata pertama kali menjejakkan kaki ke Belawan. Seluruh warga kapal juga dapat melihat suasana kehidupan masyarakat di Indonesia dan keadaan negara mereka berbanding Malaysia. Kapal berlayar pulang ke lumut pada 22 Dis 2013 dan telah selamat tiba di jeti pada 23 Dis 12 jam 0800H.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...