Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, December 04, 2013

PENGWUJUDAN SENARAI KEHADIRAN PEGAWAI YANG BARU

Disediakan oleh : Lt Faizul TLDM
       KD MAHAWANGSA telah mewujudkan satu senarai kehadiran pegawai di kapal yang  baru sesuai dengan pertukaran keluar dan juga pertukaran masuk pegawai. Senarai terdahulu yang diletakkan di titian dilihat kurang sesuai digunakan memandangkan pegawai-pegawai telah bertukar keluar/masuk, tidak mengikut kekuatan pegawai sedia ada serta senarai ini juga bersifat kekal dan tidak dapat ditukar ganti.

Senarai Kehadiran Pegawai yang Lama
         Oleh yang demikian, satu gagasan telah dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Senarai yang baru diwujudkan dengan menggariskan objektif-objektif seperti mengetahui kehadiran pegawai dan individu penting di kapal pada sebilang masa dengan cepat dan efektif, memastikan senarai kehadiran pegawai dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang dan mengurangkan kos bagi penghasilan senarai yang baru untuk setiap kali pertukaran pegawai. 

Senarai Kehadiran Pegawai yang Baru
        Dengan adanya senarai yang baru ini, kekuatan pegawai dapat disesuaikan dan menepati kekuatan semasa walaupun pegawai telah bertukar keluar/masuk. Keadaan ini dapat memanjangkan jangka masa penggunaan senarai kehadiran pegawai tanpa perlu membuat yang baru setiap kali pertukaran pegawai. Senarai ini juga telah dilakukan penambahbaikan dengan mewujudkan senarai individu-individu penting yang lain seperti juragan, ketua jurutera marin, jurulatih persenjataan, serang dan sebagainya.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...