Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, November 19, 2013

MALAYSIA GAH MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN


Disediakan oleh : Lt Mohd Akeem bin Roslan TLDM


       Kejohanan Sukan dan Parti Banyan sempena Eksesais Bersama Lima 2013 telah berlangsung pada 17 Nov 13 di Berjaya Resort Pulau Tioman. Kejohanan sukan pada kali ini mempertandingkan tiga jenis sukan iaitu bolasepak 7-sebelah, bola tampar dan tarik tali.

Kontinjen Malaysia, Singapura dan Australia
      Pasukan Malaysia telah sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan dengan memenangi ketiga-tiga sukan yang dipertandingkan. Ini adalah berkat daripada persediaan awal yang telah dilakukan dari segi latihan, disiplin dan semangat kesukanan yang  tinggi di kalangan atlet yang mewakili pasukan dari Malaysia. 

Pemain Malaysia bersalaman selepas selesai perlawanan
Pasukan bola tampar Malaysia beraksi
Para pemain tarik tali yang mantap





         Kejohanan ini tenyata telah mencapai objektif yang dirancang iaitu untuk mengeratkan semangat sukan antara negara-negara jiran sekaligus memastikan keakraban yang sudah sedia terjalin sentiasa terpelihara.
Malaysia berjaya menjuarai kesemua sukan yang dipertandingkan
       Selain daripada itu juga, parti banyan turut diadakan sejurus sahaja tamat kejohanan tersebut. Aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota yang mempunyai latar belakang berbeza mengikut negara masing-masing. Pelbagai pengalaman dan topik-topik yang menarik diperbualkan semasa majlis ini berlangsung. Namun begitu, masa yang terluang juga turut digunakan sebaiknya dengan bermain sepak raga dan juga bola sepak. Pelbagai jenis makanan disediakan mengikut negara masing-masing dan para hadirin sama-sama berkongsi dan menikmati makanan tersebut. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana yang harmoni dan meriah pada petang tersebut.
Pelbagai makanan yang disediakan semasa Parti Banyan
 Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana telah menjuarai Kejohanan Sukan Eksesais Bersama Lima dan seterusnya sekali lagi mengekalkan Piala Perth menjadi milik Malaysia. Hoorey!  
Tahniah Malaysia!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...