Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, October 11, 2013

Eksesais WIRA LAUT 11/13

Disediakan oleh : Lt Asyraf

       Eksesais WIRA LAUT merupakan latihan kemahiran di laut yang dilaksanakan setiap tahun bagi menguji dan mempertingkatkan kemampuan Tim Penggempur PASKAL. Eks WIRA LAUT 11/13 telah dilaksanakan di Perairan Pulau Pangkor pada 7 hingga 11 Okt 13 yang melibatkan aktiviti Underwater Ship Boarding, Special Ship Boarding, Serangan Khemah Musuh dan Operasi Udara. KD MAHAWANGSA juga telah terlibat secara langsung dalam eksesais ini di mana menjadi paltform untuk Tim Penggempur PASKAL ini membuat serangan ke atas kapal. selain KD MAHAWANGSA, antara unit-unit lain yang terlibat dalam eksesais ini adalah Markas Armada, 96 HAT, KTD PENYU, Markas Udara TLDM, Depot Bantuan TLDM dan KD MALAYA.
Tim Pengempur PASKAL
Bot PASKAL merapat ke KD MAHAWANGSA
        Antara objektif utama untuk eksesais ini adalah menguji keupayaan Tim Gempur PASKAL dalam mengkoordinasi serta melaksanakan misi menyelamatkan tebusan. KD MAHAWANGSA telah keluar berlayar pada 9 Okt 13 jam 0730H di samping latihan untuk tim PASKAL juga diteruskan. Seterusnya kapal telah bersauh pada jam 1200H di posisi 1 batu nautika daripada selatan Pulau Pangkor. Turut hadir semasa Eks Wira Laut ini adalah Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM Pemangku Laksamana Pertama Saifudin bin Kamarudin.
Tim Penggempur PASKAL masuk ke kapal
Beberapa tawanan yang berjaya ditangkap

       Dengan disiplin dan komitmen yang tinggi yang telah dipamerkan oleh setiap anggota yang terlibat eksesais ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Adalah menjadi harapan agar eksesais yang dilaksanakan ini memberi impak yang berkesan kepada perancangan dan pelaksanaan operasi PASKAL amnya dan TLDM secara keseluruhan.
PM KD PANGLIMA HITAM turut hadir


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...