Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, October 19, 2013


KD MAHAWANGSA JUARA
PERTANDINGAN KKI 
AMRADA 2013

Disediakan oleh: Lt Muhamad Shafie bin Razi TLDM



Para Peserta dan Pemenang KKI 2013

Pemenang KKI KD MAHAWANGSA

Pada 17 Okt 2013 telah berlangsung pertandingan Kreatif dan Inovatif atau lebih dikenali dengan KKI peringkat Armada 2013. KD Hang tuah telah terpilih untuk menjadi platform atau senangnya “medan pertandingan’ bagi semua kapal untuk mempersembahkan produk masing-masing. KD mahawangsa telah menghasilkan 4 projek untuk dipertandingkan menjadikan keseluruhan 18 projek melibatkan kapal-kapal di armada TLDM.

Para juri tekun mendengar penerangan
Projek pertama KD MAHAWANGSA adalah Smart Flashing Board daripada Jabatan Komunikasi, kedua Safety Cable GPMG daripada Jabatan Persenjataan, yang ketiga tyristor tester daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Senjata serta Pembayaran BAT E 66 melalui akaun bank. Kesemua projek ini telah dipersembahkan dengan jayanya di hadapan para panel yang diketuai oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM selaku ketua juri. Pegawai Memerintah KD Lekiu dan Pegawai Memerintah KD Mahamiru serta Pegawai Jurutera elektrik dan senjata KD HANG TUAH. Setiap kumpulan diperuntukan masa selama 20 minit -untuk mempersembahkan produk masing-masing. Yang menjadi keutamaan projek yang dihasilkan hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan termasuklah nilai-nilai komersial yang boleh diguna pakai unit-unit luar yang lain selain TLDM.
Sesi Pembentangan projek
Ahli Panel memberi komen
Persembahan daripada KD JERAI

Keesokan harinya, pada 18 Okt 13, merupakan hari yang ditunggu-tunggu dimana majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan KKI peringkat armada 2013. Keputusan mengejutkan apabila projek Smart flashing board telah terpilih untuk menjadi juara KKI pada tahun ini. Tempat kedua dimenangi oleh KD JERAI dengan projek Under water power Gun dan tempat ketiga Pembayaran Bat E 66 melalui elektronik. Hadiah telah disampaikan sendiri oelh Pegawai memerintah KD MAHAWANGSA selaku ketua panel.

Tempat Ketiga KD MAHAWANGSA
Tempat Kedua KD JERAI
Tempat Pertama KD MAHAWANGSA





Friday, October 11, 2013

Eksesais WIRA LAUT 11/13

Disediakan oleh : Lt Asyraf

       Eksesais WIRA LAUT merupakan latihan kemahiran di laut yang dilaksanakan setiap tahun bagi menguji dan mempertingkatkan kemampuan Tim Penggempur PASKAL. Eks WIRA LAUT 11/13 telah dilaksanakan di Perairan Pulau Pangkor pada 7 hingga 11 Okt 13 yang melibatkan aktiviti Underwater Ship Boarding, Special Ship Boarding, Serangan Khemah Musuh dan Operasi Udara. KD MAHAWANGSA juga telah terlibat secara langsung dalam eksesais ini di mana menjadi paltform untuk Tim Penggempur PASKAL ini membuat serangan ke atas kapal. selain KD MAHAWANGSA, antara unit-unit lain yang terlibat dalam eksesais ini adalah Markas Armada, 96 HAT, KTD PENYU, Markas Udara TLDM, Depot Bantuan TLDM dan KD MALAYA.
Tim Pengempur PASKAL
Bot PASKAL merapat ke KD MAHAWANGSA
        Antara objektif utama untuk eksesais ini adalah menguji keupayaan Tim Gempur PASKAL dalam mengkoordinasi serta melaksanakan misi menyelamatkan tebusan. KD MAHAWANGSA telah keluar berlayar pada 9 Okt 13 jam 0730H di samping latihan untuk tim PASKAL juga diteruskan. Seterusnya kapal telah bersauh pada jam 1200H di posisi 1 batu nautika daripada selatan Pulau Pangkor. Turut hadir semasa Eks Wira Laut ini adalah Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM Pemangku Laksamana Pertama Saifudin bin Kamarudin.
Tim Penggempur PASKAL masuk ke kapal
Beberapa tawanan yang berjaya ditangkap

       Dengan disiplin dan komitmen yang tinggi yang telah dipamerkan oleh setiap anggota yang terlibat eksesais ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Adalah menjadi harapan agar eksesais yang dilaksanakan ini memberi impak yang berkesan kepada perancangan dan pelaksanaan operasi PASKAL amnya dan TLDM secara keseluruhan.
PM KD PANGLIMA HITAM turut hadir


Thursday, October 03, 2013

SENAMROBIK ARMADA

Disediakan oleh : Lt Asyraf

      KD SRI INDERASAKTI telah menganjurkan satu aktiviti yang melibatkan warga armada iaitu senamrobik. Aktiviti ini telah dilaksanakan di Stadium Pangkalan TLDM Lumut pada 3 Okt 13 jam 0800H. Senamrobik ini diadakan sebagai salah satu aktiviti riadah sesama warga armada di samping dapat mengeratkan silaturahim serta mengamalkan gaya hidup yang  sihat.
Suasana di Stadium Pangkalan TLDM Lumut
      Dengan iringan muzik dan lagu-lagu yang menarik, senamrobik ini dapat berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Jurulatih jasmani daripada setiap kapal juga turut membantu dengan sama-sama naik ke pentas bagi memeriahkan lagi suasana pada pagi tersebut.
Sesi pemanasan sedang dilakukan
Warga KD MHW sama-sama memeriahkan senamrobik
       Tidak lupa pegawai-pegawai memerintah dari setiap kapal yang turut serta dalam aktiviti senamrobik ini. Diharapkan aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang supaya warga armada sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.
 
Jurulatih jasmani dari setiap kapal turut naik ke pentas
Pegawai-pegawai memerintah juga turut serta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...