Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, September 07, 2013

Pelayaran Latihan Sambil Belajar Fakulti Bekalan KD PELANDOK


Disediakan oleh : Lt Asyraf

      Pada 2 hingga 6 Sep 13, KD MAHAWANGSA telah terpilih sebagai platform untuk memberi latihan kepada para pelatih daripada Fakulti Bekalan KD PELANDOK. Para pelatih akan mengikuti pelayaran di samping mendapat gambaran yang jelas mengenai rutin kerja harian di kapal terutamanya semasa berlayar. Seramai 112 orang pelatih yang terdiri daripada 84 orang lelaki dan 28 orang perempuan. Para pelatih juga diiringi oleh 3 orang pegawai dan 11 orang jurulatih daripada Fakulti Bekalan KD PELANDOK.
Pelatih baru tiba di KD MAHAWANGSA
Taklimat keselamatan diberikan kepada pelatih
    Sepanjang para pelatih berada diKD MAHAWANGSA, terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan khas sebagai pendedahan awal serta pelajaran yang tertentu. Antara aktiviti yang dijalankan seperti menembak, ceramah evolusi di laut, Deck Landing Training, stesen pelampung dan banyak lagi. Para pelatih juga diberi penerangan oleh anak-anak kapal yang sedia memberi tunjuk ajar semasa menjalani latihan. Pengendalian tali-temali kapal juga dapat dilihat oleh para pelatih semasa kapal hendak keluar dan merapat ke jeti.
Pelatih beratur mengambil makanan

Ceramah evolusi juga dilakukan

Aktiviti riadah semasa di Langkawi
Malam ramah mesra di kalangan pelatih
Latihan menembak GPMG dilakukan
       Semua aspek keselamatan semasa berlayar juga diberikan keutamaan dan para pelatih sentiasa diingatkan supaya mejaga keselamatan masing-masing dengan memakai jaket keselamatan sebilang masa ketika berada di geladak atas, melaksanakan buddy  system semasa berjalan di geladak atas pada waktu malam dan mengenalpasti rakit keselamatan masing-masing. Dengan ini para pelatih juga akan mendapat pendedahan tentang rutin di kapal.

Para pelatih bergambar bersama Pegawai Memerintah
    Selain daripada itu, para pelatih juga diberi kesempatan untuk melawat ke bandar Langkawi  setibanya kapal di jeti MAWILLA 3 pada 4 Sep 13 jam 0830H. Kapal seterusnya meneruskan pelayaran pada 5 Sep 13 dan menuju pulang ke Tambatan Pangkalan Lumut. Kapal selamat tiba di jeti peluru pada 6 Sep 13 jam 0930H

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...