Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, September 12, 2013

Kejohanan Mendayung Armada 2013


Disediakan oleh : Lt Asyraf

      Pada 11 Sep 13 iaitu pada hari Rabu, Kejohanan Mendayung Armada 2013 telah diadakan di Inner Basin Tambatan Pangkalan Lumut. Kejohanan ini telah bermula pada jam 1400h dengan ketibaan Pegawai Memerintah KD LEKIU, Kdr Rosli bin Abd Ghani TLDM. Secara umumnya, kejohanan ini telah dikoordinasikan oleh KD MAHAWANGSA dan dibantu oleh kapal-kapal lain yang berada di Lumut. Pegawai Memerintah KD LEKIU turut memberikan ucapan pembukaan sebelum perlawanan berlangsung.

PM KD LEKIU memberikan ucapan
    Kejohanan ini disertai oleh beberapa kumpulan dari  Skuadron MPCSS, MCMV, Laksamana Class, PV, Corvette dan Frigate. Setelah berjuang habis-habisan, pasukan MPCSS berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir menentang pasukan MCMV. Kejohanan ini selesai dengan keputusan pasukan MCMV sebagai johan dan MPCSS naib johan.
Pasukan MPCSS merancang strategi
Pasukan MPCSS membuat sesi pemanasan
Semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi dipamerkan
    Penyampaian hadiah telah kepada pemenang telah disempurnakan di geladak penerbangan KD HANG TUAH. Kejohanan seperti ini diharap dapat dilaksanakan dengan lebih kerap supaya dapat semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi dapat terus dipupuk di kalangan warga armada. Kejohanan yang gilang-gemilang ini selesai pada jam 1700H.
Pasukan MPCSS berjaya sebagai naib johan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...