Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, August 08, 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT ARMADA
Disediakan oleh : Lt Asyraf
      Tanggal 8 Ogos 13 bersamaan 1 Syawal 1434H merupakan detik yang istimewa buat semua umat Islam kerana bulan ini merupakan bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut setiap tahun oleh semua umat Islam.
      Namun begitu, warga armada juga tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari lebaran ini walaupun sibuk melaksanakan tugas sebagai anggota tentera. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Armada bagi tahun 2013 telah diadakan di KD MAHAWANGSA. Majlis ini telah bermula pada jam 1000H dengan ketibaan warga armada iaitu wakil-wakil daripada setiap kapal yang berada di Pangkalan TLDM Lumut ini. Yang Berbahagia Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid bersama isteri juga dijemput untuk sama-sama menyambut hari yang penuh makna ini. Dalam majlis ini, Panglima Armada menyampaikan sepatah dua kata serta ucapan isitimewa aidilfitri kepada semua warga armada yang sentiasa sedia berkorban demi menjaga kedaulatan negara.
Ketibaan Yang Berbahagia Panglima Armada
Ucapan oleh Panglima Armada
       Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bungkusan hari raya daripada Markas Armada yang disampaikan oleh Panglima Armada kepada wakil awasan bertugas dari setiap kapal. Seterusnya, semua hadirin dijemput untuk menikmati hidangan hari raya yang telah disediakan.
Pemberian bungkusan raya kepada wakil kapal
Wakil dari awasan bertugas menerima bungkusan raya
Para tetamu jemputan menikmati hidangan hari raya
Para hadirin juga menikmati hidangan yang disediakan
   Bagi memeriahkan lagi majlis, pemberian duit raya oleh Panglima Armada turut dilaksanakan. Keriangan dan keceriaan anak-anak kecil jelas terpancar dari wajah mereka kerana memang sudah menjadi adat untuk memberi duit raya apabila menjelang hari lebaran yang penuh makna ini.
Setiap kanak-kanak yang hadir akan menerima duit raya
Anak kepada warga bukan Islam juga turut mendapat duit raya
      Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama Panglima Armada serta keluarga dan warga armada. Sambutan hari raya aidilfitri ini selesai pada jam 1200H.
Sesi bergambar bersama Panglima Armada



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...