Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, August 23, 2013

MAJLIS 3 DALAM 1

MAJLIS 3 DALAM 1
Disediakan oleh : Lt Asyraf

      Pada 23 Ogos 13 bersamaan dengan 16 Syawal 1434, KD MAHAWANGSA telah mengadakan sebuah majlis 3 dalam 1. Majlis ini adalah gabungan daripada 3 majlis yang dijalankan secara serentak iaitu majlis penyampaian sijil Bintara dan Laskar Terbaik bagi bulan Julai, majlis sambutan hari jadi dari bulan Mei sehingga Ogos 13 dan majlis sambutan hari raya untuk seluruh warga KD MAHAWANGSA. Majlis ini telah berlangsung pada jam 0945H yang diadakan di geladak kereta kebal. Yang berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Roslee bin Mohamad Isa TLDM juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan semasa majlis berlangsung.

Yang Berbahagia PM memberikan ucapan

       Bintara terbaik bagi bulan Julai disandang oleh 821025 BK PNK Nazri bin Abu Bakar manakala laskar terbaik adalah 831862 LK TLR Md Radzi bin Johari. Bintara dan laskar telah menunjukan prestasi kerja yang baik serta mampu melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Selain itu juga, majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara warga 1 MAHAWANGSA di samping bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Hidangan-hidangan yang disediakan adalah hidangan hari raya bagi menimbulkan suasana sambutan hari raya pada kali ini. Kek untuk sambutan hari jadi juga disediakan khas bagi meraikan pegawai dan anggota yang menyambut hari jadi. Majlis ini telah berlangsung selama hampir 2 jam dan selesai pada jam 1130H.
Bintara terbaik
Laskar terbaik
Warga 1 MAHAWANGSA yang menyambut hari jadi
Hidangan hari raya yang menyelerakan
Seluruh warga KD MAHAWANGSA bersama meraikan majlis ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...