Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, August 26, 2013

Lawatan SEMESTI ke KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Asyraf

        Tanggal 26 Ogos 13 merupakan satu tarikh yang bermakna buat kapal yang sudah berusia 30 tahun ini kerana pihak kapal dengan berbesar hati menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Rombongan ini terdiri daripada 141 orang pelajar, 3 orang guru pengiring dan juga beberapa anggota dari Pusat Kepimpinan TLDM yang turut mengiringi rombongan ke KD MAHAWANGSA.
PBH sedang memberikan taklimat
Pegawai kapal mengiringi setiap kumpulan semasa lawatan
       Lawatan dimulakan pada jam 0900H dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Bertugas Harian iaitu Lt Muhammad Norfadzli bin Badri TLDM di geladak penerbangan. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan sebelum mula sesi lawatan. Antara bahagian-bahagian yang dilawat adalah geladak penerbangan, anjungan, geladak haluan, geladak kenderaan dan juga geladak kereta kebal.
 
Lawatan di geladak kenderaan
Penerangan diberikan di geladak kereta kebal
Salah satu senjata yang terdapat di KD MAHAWANGSA


Sepanjang lawatan dilaksanakan, para pegawai kapal yang mengiringi setiap kumpulan akan memberi penerangan tentang fungsi dan peranan kapal dalam TLDM serta fungsi peralatan-peralatan tertentu yang terdapat pada KD MAHAWANGSA. Pelawat juga diterangkan mengenai amalan 5S yang diterapkan di setiap bahagian kapal ini. Pada jam 1030H, lawatan telah selesai dilaksanakan dan seluruh warga SEMESTI mengambil peluang ini untuk sesi bergambar bersama pegawai KD MAHAWANGSA di geladak penerbangan.
Warga Semesti bergambar bersama Pegawai KD MAHAWANGSA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...