Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, August 30, 2013

Lawatan MINDEF OMAN ke KD MAHAWANGSA


Disediakan oleh : Lt Asyraf
        Pada 30 Sep 13, KD MAHAWANGSA dengan berbesar hati telah menerima lawatan yang terdiri beberapa pegawai dari Kementerian Pertahanan Oman. Rombongan Oman ini mula melawat Malaysia mulai 23 Ogos hingga 5 Sep 13. Objektif lawatan ke Malaysia adalah untuk mengkaji amalan Perkhidmatan Perubatan Tentera di Malaysia. Di kesempatan tersebut, rombongan ini berhasrat untuk melawat KD MAHAWANGSA di Pangkalan TLDM Lumut.

Pegawai Laksana memberikan ucapan alu-aluan
          Rombongan Oman ini telah  tiba di KD MAHAWANGSA pada jam 1000H dengan diiringi oleh beberapa pegawai daripada 96HAT Lumut. Rombongan Oman ini telah dibawa melawat kapal oleh Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA Kdr George a/l Paul Thomas Rozario TLDM. Mereka dibawa melawat ke geladak haluan, anjungan, rumah sakit, geladak kenderaan dan juga geladak kereta kebal. Pada setiap tempat Pegawai Laksana telah menerangkan peranan dan juga kegunaan peralatan-peralatan yang terdapat di kapal ini.
Lawatan ke geladak haluan
Lawatan di rumah sakit
Penerangan mengenai anjungan diberikan oleh Pegawai Laksana
Rombongan dibawa melawat geladak kenderaan
        Wakil daripada rombongan Oman tersebut telah memberi cenderahati kepada pihak kapal kerana sudi menerima lawatan mereka ke kapal. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih  kerana layanan yang telah diberikan oleh pihak kapal. Lawatan ini selesai pada jam 1200H.

Wakil rombongan Oman memberikan cenderahati
Rombongan Oman bergerak pulang
Rombongan Oman bergambar bersama Pegawai Laksana
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...