Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, August 30, 2013

Lawatan MINDEF OMAN ke KD MAHAWANGSA


Disediakan oleh : Lt Asyraf
        Pada 30 Sep 13, KD MAHAWANGSA dengan berbesar hati telah menerima lawatan yang terdiri beberapa pegawai dari Kementerian Pertahanan Oman. Rombongan Oman ini mula melawat Malaysia mulai 23 Ogos hingga 5 Sep 13. Objektif lawatan ke Malaysia adalah untuk mengkaji amalan Perkhidmatan Perubatan Tentera di Malaysia. Di kesempatan tersebut, rombongan ini berhasrat untuk melawat KD MAHAWANGSA di Pangkalan TLDM Lumut.

Pegawai Laksana memberikan ucapan alu-aluan
          Rombongan Oman ini telah  tiba di KD MAHAWANGSA pada jam 1000H dengan diiringi oleh beberapa pegawai daripada 96HAT Lumut. Rombongan Oman ini telah dibawa melawat kapal oleh Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA Kdr George a/l Paul Thomas Rozario TLDM. Mereka dibawa melawat ke geladak haluan, anjungan, rumah sakit, geladak kenderaan dan juga geladak kereta kebal. Pada setiap tempat Pegawai Laksana telah menerangkan peranan dan juga kegunaan peralatan-peralatan yang terdapat di kapal ini.
Lawatan ke geladak haluan
Lawatan di rumah sakit
Penerangan mengenai anjungan diberikan oleh Pegawai Laksana
Rombongan dibawa melawat geladak kenderaan
        Wakil daripada rombongan Oman tersebut telah memberi cenderahati kepada pihak kapal kerana sudi menerima lawatan mereka ke kapal. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih  kerana layanan yang telah diberikan oleh pihak kapal. Lawatan ini selesai pada jam 1200H.

Wakil rombongan Oman memberikan cenderahati
Rombongan Oman bergerak pulang
Rombongan Oman bergambar bersama Pegawai Laksana
 

Monday, August 26, 2013

Lawatan SEMESTI ke KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Asyraf

        Tanggal 26 Ogos 13 merupakan satu tarikh yang bermakna buat kapal yang sudah berusia 30 tahun ini kerana pihak kapal dengan berbesar hati menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Rombongan ini terdiri daripada 141 orang pelajar, 3 orang guru pengiring dan juga beberapa anggota dari Pusat Kepimpinan TLDM yang turut mengiringi rombongan ke KD MAHAWANGSA.
PBH sedang memberikan taklimat
Pegawai kapal mengiringi setiap kumpulan semasa lawatan
       Lawatan dimulakan pada jam 0900H dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Bertugas Harian iaitu Lt Muhammad Norfadzli bin Badri TLDM di geladak penerbangan. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan sebelum mula sesi lawatan. Antara bahagian-bahagian yang dilawat adalah geladak penerbangan, anjungan, geladak haluan, geladak kenderaan dan juga geladak kereta kebal.
 
Lawatan di geladak kenderaan
Penerangan diberikan di geladak kereta kebal
Salah satu senjata yang terdapat di KD MAHAWANGSA


Sepanjang lawatan dilaksanakan, para pegawai kapal yang mengiringi setiap kumpulan akan memberi penerangan tentang fungsi dan peranan kapal dalam TLDM serta fungsi peralatan-peralatan tertentu yang terdapat pada KD MAHAWANGSA. Pelawat juga diterangkan mengenai amalan 5S yang diterapkan di setiap bahagian kapal ini. Pada jam 1030H, lawatan telah selesai dilaksanakan dan seluruh warga SEMESTI mengambil peluang ini untuk sesi bergambar bersama pegawai KD MAHAWANGSA di geladak penerbangan.
Warga Semesti bergambar bersama Pegawai KD MAHAWANGSA
MAJLIS BERBUKA PUASA ARMADA BERSAMA ANAK YATIM
Disediakan oleh : Lt Hamizan

      Tanggal 25 Julai 13 merupakan satu tarikh yang istimewa buat sekumpulan anak-anak yatim yang telah dtg ke KD MAHAWANGSA untuk sama-sama berbuka puasa bersama warga TLDM. Majlis berbuka puasa ini dianjurkan khas untuk kanak-kanak yang isitimewa ini dan KD MAHAWANGSA telah terpilih untuk menjadi platform pada kali ini. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Kanan Armada Kept Halim bin Hj Shaari TLDM, Pegawai-Pegawai Memeritah dan para pegawai dan juga anggota daripada armada.
Sesi bergambar
Menunggu waktu berbuka
Solat maghrib berjemaah
Selesai solat berjemaah
        Majlis dimulakan dengan sesi bergambar warga armada bersama anak-anak yatim ini dan seterusnya beredar ke geladak kereta kebal untuk menunggu waktu berbuka puasa. Kemudian, solat fardhu maghrib berjemaaah dilakukan selepas dijamukan dengan hidangan ringan. Selepas solat maghrib, majlis diteruskan lagi dengan menjamu selera dengan pelbagai juadah yang telah disediakan.
Ucapan oleh Pegawai Kanan Armada
Pemberian cenderahati kepada anak yatim
Moreh
Anak-anak yatim beredar meninggalkan kapal
         Solat terawih juga dilakukan secara berjemaah di geladak kereta kebal. Pegawai Kanan Armada turut menyampaikan ucapan serta memberikan cenderahati kepada kesemua anak-anak yatim yang hadir pada malam tersebut. Majlis ini  telah berjalan dengan lancar dan teratur.
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...