Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, July 08, 2013

SAMBUTAN HARI KELUARGA 
KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Asyraf

       Hari keluarga KD MAHAWANGSA telah diadakan di Teluk Senangin pada 6 Julai 13 iaitu pada hari sabtu. Sambutan ini dibuat sejurus sahaja tamat audit pengurusan KD MAHAWANGSA pada 5 Julai13. Walaupun menghadapi dengan kekangan masa untuk menumpukan perhatian kepada audit pengurusan namun perjalanan untuk sambutan hari keluarga pada kali ini tetap meriah dan mendapat sambutan yang memberansangkan daripada semua pihak. Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan silaturahim anak-anak kapal untuk bersama keluarga.
Ketibaan Pegawai Memerintah
      Majlis bermula pada jam 0900H dengan ketibaan Pegawai Memerintah bersama keluarga. Setiap warga kapal akan mendapat cenderahati sebagai kenangan menyambut hari keluarga ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memeriahkan majlis ini antaranya sukaneka untuk kanak-kanak, sukaneka untuk anggota bujang dan juga anggota berkahwin.
Pegawai Memerintah memberikan ucapan
Para pengacara majlis yang bersemangat
Sukaneka untuk kanak-kanak
Setiap kanak-kanak diberikan hadiah
Anggota bujang juga menyertai permainan yang disediakan
Acara menyumpit belon bermula
Acara berpasangan juga diadakan
Menguji kehebatan kaum ibu mengupas bawang
      Di samping majlis ini berlangsung, acara cabutan bertuah juga dilakukan. Pelbagai hadiah-hadiah yang menarik disediakan untuk warga kapal yang bertuah. Hidangan juga disediakan kepada semua para hadirin. Anak-anak kapal dapat menikmati hidangan bersama keluarga sambil menikmati suasana yang indah di tepi pantai.
Warga kapal menjamu selera bersama keluarga
Pemenang cabutan bertuah
Pemenang cabutan bertuah
Pemenang cabutan bertuah

      Selepas makan tengahari, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan teka kacang dan juga hadiah utama untuk cabutan bertuah oleh Pegawai Memerintah. Sambutan Hari Keluarga KD MAHAWANGSA ini selesai pada jam 1400H.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...