Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, July 06, 2013


               MINI MARATHON ARMADA
Disediakan Oleh : Lt Akeem

Peserta bersedia untuk dilepaskan
Mini Marathon Armada telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Julai 13 yang lalu bertempat di Stadium TLDM Lumut.  Aktiviti ini telah dikoordinasikan oleh KD HANG TUAH dimana setiap kapal di bawah naungan Armada telah menghantar penyertaan yang memberansangkan mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan.
Pegawai Kanan Armada membuat pelepasan
Aktiviti yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan perhubungan silaturahim dalam kalangan warga Armada disamping memupuk daya saing dan semangat kesukanan.  Ianya juga merupakan salah satu langkah awal yang diambil Armada untuk mengenal pasti anggota bagi mewakili pasukan marathon semasa Kejohanan Mini Olimpik 2014.

BM PLM Fetri bin Habo menjadi Johan Kategori B

KD MAHAWANGSA telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan Mini Marathon bagi tahun 2013 berdasarkan pungutan mata dalam setiap kategori. Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori masing-masing:
a)    Lt Mohammad Akeem bin Roslan TLDM – Tempat Ke-3 Kategori A 
b)    Lt Dya Mohammad Hudairi bin Ahmad Saroni TLDM–Tempat Ke-4 Kategori A 
c)    BM PLM Mohd Fetry bin Habo – Johan Kategori B 
d)    LK I PAP Mohd Azua Bin Ab. Wahab – Tempat Ke-5 Kategori C
KD MAHAWANGSA dinobatkan sebagai johan keseluruhan
Ianya adalah merupakan kejayaan yang amat bermakna bagi KD MAHAWANGSA dan diharapkan KD MAHAWANGSA akan terus dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk aktiviti-aktiviti sukan yang seterusnya sejajar dengan hasrat Pegawai Kanan Armada iaitu ‘Armada Sportif dan Produktif’.
Pegawai Kanan Armada bersama warga armada
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...